Raja Azmi Terharu Permintaan Eddie CRK Untuk Rujuk Semula Melalui Rakaman Program Televisyen

Hiburan

Raja Azmi Terharu Permintaan Eddie CRK Untuk Rujuk Semula Melalui Rakaman Program Televisyen

Raja Azmi menerusi Melodi TV3 memberitahu bahawa dia terkejut apabila bekas suaminya menyampaikan hasrat untuk rujuk semula dengannya ketika rakaman satu program televisyen terbitan TV3 iaitu ‘Ya ke?’. Khabarnya dia juga mengalirkan air mata kerana terharu dengan kesungguhan Eddie. Kata Eddie:

Kita buang yang keruh, ambil yang jernih. Bukakanlah hati yang baik itu untuk kita rujuk semula. Saya hari-hari berdoa agar Tuhan jodohkan kita balik.

Apakah reaksi Raja Azmi dengan permintaan Eddie?

A photo posted by Raja Azmi (@rajaazmi) on

Terkejut sangat. Tak sangka dia cakap macam itu dengan berani di televisyen. Dari situ Kak Mi nampak kesungguhannya.

Sebelum ini dia ada pujuk supaya kami berbaik semula. Kak Mi selesa berkawan. Kami lebih mehamami (satu sama lain) kerana berkawan selepas bercerai.

Apa pun Kak Mi pasrah pada ketentuan Allah. Tak mahu menafikan kami takkan rujuk. Buat masa ini Kak Mi masih dalam dilema.

Raja Azmi mengakui masih keliru dan takut untuk memberi harapan dan mahu keadaan yang menentukan sama ada dia dan bekas suami akan rujuk semula. Raja Azmi berkahwin dengan Eddie pada 13 Oktober 2013 dan perkahwinan mereka hanya bertahan selama 13 bulan.

Ia ialah perkahwinan kedua Raja Azmi yang sebelum ini berkahwin dengan Datuk Seri Jalani Sidek selama 28 tahun dan dikurniakan tiga cahaya mata.

Perkahwinan ialah satu keputusan yang serius. Mungkin Raja Azmi masih memerlukan masa untuk membuat keputusan sama ada mahu kembali kepada bekas suaminya. Kita doakan Raja Azmi akan membuat keputusan yang terbaik untuk dirinya.

Permohonan Dana Diraja Seni Persembahan (The Royal Arts Gala Fund) RAGF 2014 kini dibuka! Terima Kasih diucapkan kepada penyumbang-penyumbang dana melalui “The Royal Arts Gala”, Dana Diraja Seni Persembahan (RAGF) 2014 telah kembali! Sebelum ini RAGF telah dibuka permohonannya pada tahun 2013 dan ini merupakan kali yang kedua permohonan RAGF ini dibuka. Inisiatif ini bertujuan untuk menggalakkan mobiliti budaya secara global dengan tujuan lebih besar iaitu untuk memperluaskan lagi rangkaian dan menyokong kerjasama antara penggiat seni profesional dari Malaysia dengan rakan kongsi antarabangsa. Para penggiat seni budaya digalakkan memohon dana yang berbentuk geran ini (RM 1,000 – RM 30,000). Tarikh permohonan bermula pada 01 Disember 2014 (Isnin) sehingga 8 Februari 2015 (Ahad). Kategori / Objektif RAGF adalah: (A) Mempromosi Artis/Karya Malaysia ke Luar Negara (B) Menggalakkan Kerjasama Antarabangsa (C) Menggalakkan Pelaksanaan Kajian dan Dokumentasi dalam Seni Persembahan (D) Mengembangkan Teknikal dan Kemahiran Pengurusan dalam Seni Persembahan di kalangan penggiat seni Untuk sebarang pertanyaan, sila e-mel di [email protected] atau hubungi +60 (3) 6207 9566. Sila klik link di bawah untuk memohon: http://mypaa.com.my/Royal_Arts_Gala-@-Royal_Arts_Gala_2013.aspx #jkkn #mysenibudaya

A photo posted by JKKN (@mysenibudaya) on

Advertisement

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...