June 28th, 2012

Raja Azmi dan suaminya, Jalani Sidek telah disahkan bercerai semalam di Mahkamah Syariah Gombak Timur. Yang mengkagumkan Abang Nara ialah tahap keredhaan yang ditunjukkan oleh Raja Azmi terhadap penceraian ini. Raja Azmi menggangap semuanya ini sebagai hadiah daripada Allah atas kesilapannya selama ini.

raja azmi sah cerai

Kata Raja Azmi kepada wartawan Mstar Online:-

Saya percaya perceraian ini adalah hadiah daripada Allah bersempena sambutan hari lahir saya pada hari ini (Rabu). Saya terima hukuman Allah di dunia ini kerana kesilapan saya. Semoga saya tidak dihukum di akhirat nanti. Kami bercerai dengan persetujuan bersama dan anak-anak memahami serta menerimanya. Hubungan saya dan Jalani akan terus baik seperti biasa selepas ini.

Semoga Raja Azmi tabah menghadapi dugaan ini. Apa pun diharap hubungan baik antara mereka akan terus berkekalan demi kepentingan anak masing-masing.


79 responses to “Raja Azmi Sah Bercerai, Anggapnya Sebagai Hadiah Daripada Allah”

  1. leez says:

    kepada yang mengutuk, mencaci dsb nye ke atas kak Raja sedar lar diri awak semua tu dah cukup bagus kah? dah layak ke nak jatuhkan hukum atas org lain? beria mengutuk sakan dan memfitnah tu tau ke hukum hakam nye? lain kali tak tau cerita sebenar tak payah lar nak membuat andaian dan spekulasi sendiri… sedarlah diri wahai pengutuk2 durjana… kalau setakat tutup aurat tapi mengumpat keji orang lain bagai nak rak.. hentikan je lah.. awak tu dah bagus sangat kah? dah tentu lepas ke kat padang masyhar esok2 tu? sedar dan insaf lah…

Loading...