November 11th, 2014

Perkahwinan yang terbina antara Raja Azmi dan Eddie Ghazali pada 13 Oktober 2013 telah pun berakhir hari ini. Mereka berdua telah sah bercerai dengan talak satu. Eddie telah melafazkan talak di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Shaiful Azli Jamaludin kira-kira pukul 3.05 petang. Takziah diucapkan atas perpisahan ini.

raja azmi sah cerai

Eddie kelihatan sebak sebelum membuat lafaz cerai. Menurut Raja Azmi, perpisahan mereka berlaku secara baik dan mereka berdua masih lagi berkawan. Kata Raja Azmi menerusi Mstar Online:-

Diakui, saya sedikit sedih kerana perkahwinan kedua saya kali ini hanya dapat bertahan tidak sampai setahun pun. Tetapi saya percaya setiap perkara yang terjadi ada hikmahnya. Kami pun berpisah dengan cara baik dan masih lagi bersahabat

raja azmi

Semoga perpisahan ini ada hikmahnya buat Raja Azmi dan Eddie Ghazali. Salam takziah buat anda berdua.


Comments are closed.

Loading...