Fuh ~~ Sungguh bahaya apa yang terjadi kepada Raja Azmi ini. Nasib baiklah tiada kecederaan serius yang berlaku. Abang Nara risau betul dengan kes samun atau ragut yang semakin berleluasa di Malaysia. Kadang-kadang sampai boleh bawa maut.
Raja Azmi ditampar sebelum disamun oleh 2 lelaki menunggang motosikal selepas menghadiri sebuah majlis perkahwinan berhampiran Hotel Istana di Jalan Nagasari. Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 12.30 malam. Raja Azmi ketika itu sedang berjalan seorang diri menuju ke keretanya. Kata Raja Azmi:-
Pada jarak 20 meter dari kereta tiba-tiba muncul sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki menghampiri saya. Salah seorang suspek kemudian menolak saya menyebabkan saya terjatuh ke dinding di kaki lima hotel dengan beg tangan di bahu kiri manakala tangan kanan memegang telefon pintar Samsung Galaxy II
Salah seorang penyamun itu kemudiannya cuba menarik beg tangan Raja Azmi namun Raja Azmi meronta-ronta dan menjerit meminta pertolongan orang yang berhampiran di situ. Tidak diketahui pula berapa kerugian yang dialami oleh Raja Azmi. Semoga Raja Azmi tidak mengalami kecederaan serius akibat insiden ini.
Apa pun Abang Nara nasihatkan kalau kita (terutamanya kaum Hawa), sekiranya berada di tempat awam, pastikan anda tidak mempamerkan beg tangan secara terbuka kerana ia boleh mengundang niat jahat orang lain. Sayangilah nyawa anda.