Inilah yang dikatakan kalau sudah jodoh tidak kemana. Raja Azmi yang sudah bercerai lebih daripada setahun bakal bernikah semula dengan bekas suaminya Eddie Ghazali pada 26 Februari depan.
Jelas Raja Azmi hatinya terbuka untuk menerima Eddie semula didalam hidupnya selepas mendapat petunjuk daripada Allah SWT ketika melakukan solat Istiqarah dan berharap kali ini perkahwinan mereka akan kekal selamanya.
Alhamdulillah, hati saya terbuka sekali lagi untuk bernikah semula dengannya dan berharap perkahwinan kali ini akan kekal hingga ke akhirat. Majlis tersebut akan diadakan secara kecil-kecilan sahaja yang bakal dihadiri keluarga dan rakan-rakan terdekat. Majlis hanya akad nikah dan doa selamat sahaja.
Malah, kesungguhan Eddie untuk mendapatkan beliau  semula selepas mereka berpisah membuatkan hati Raja Azmi lembut semula.
Kami bercerai setahun ini kami masih berkawan baik, banyak pengajaran yang saya dan dia dapat untuk perbaiki pada rumah tangga kali kedua ini. Saya akui jatuh cinta semula kerana dia sentiasa ada ketika saya gembira dan bersedih. Saya juga beberapa kali buat solat Istiqarah dan Alhamdulillah memang Allah beri petunjuk ke arah ini.
Saya belajar untuk lebih banyak bersabar dan dia juga sudah sedar apa kesalahan-kesalahannya dahulu. Insya-Allah kami akan bina semula rumah tangga ini dengan baik.Saya juga berharap orang ramai dan peminat turut mendoakan kebahagiaan kami.
Raja Azmi dan Eddie bakal mengadakan majlis akad nikah di Surau Sering Ukay, Ukay Perdana, Ampang selepas solat Isyak.
Raja Azmi dan Eddie bercerai pada 11 November 2014 di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Ampang Selangor. Mereka berkahwin pada 13 Oktober 2013.
Raja Azmi sebelum itu pernah berkahwin dengan jaguh badminton negara, Mohd Jalani Sidek dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Puteri Suraya, Puteri Suaida, dan Megat Deli.