Raja Azmi Bakal Bercerai Petang Esok

Hiburan

Raja Azmi Bakal Bercerai Petang Esok

Akhirnya rumah tangga yang terbina antara Raja Azmi dan Eddie Ghazali akan berakhir jua petang esok. Sebelum ini Raja Azmi telah membuat pengakuan yang perkahwinannya kini sedang bergolak walaupun baru hampir setahun bergelar suami isteri. Khabarnya, Raja Azmi dan Eddie sudah tidak tinggal sebumbung sejak 3 bulan yang lalu.

raja azmi

Advertisement

Berkata kepada Harian Metro, Raja Azmi mengesahkan bakal bercerai petang esok di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur. Kata Raja Azmi:-

Ya memang betul (akan bercerai) petang esok. Saya minta maaf tak dapat nak komen lebih-lebih buat masa ini sebab saya perlu menghormati suami saya. Apa-apa, saya akan berkongsi selepas selesai semuanya esok

raja azmi cerai

Nampaknya kebahagiaan sehingga akhir nyawa yang diimpikan oleh setiap wanita selepas berkahwin tidak dapat dicapai oleh Raja Azmi menerusi perkahwinannya dengan Eddie Ghazali. Takziah Abang Nara ucapkan atas berita penceraian ini. Semoga ada hikmah di sebaliknya. Sama-samalah kita doakan ini adalah keputusan terbaik untuk mereka berdua.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...