Susulan itu, ia menimbulkan pelbagai spekulasi di media sosial mengenai identiti pelakon yang didakwa bermalam dengan wanita itu yang juga bekas kekasihnya di Port Dickson pada 17 Januari sehingga wanita itu melahirkan bayi pada 3 Oktober lepas.
Antara yang disebut Netizen ialah pelakon Raja Afiq yang pernah membintangi drama Sayangku Kapten Mukhriz di slot Akasia TV3. Raja Afiq yang dihubungi Harian Metro bagaimanapun mendakwa tidak tahu menahu mengenai gosip itu:
Saya tidak pernah dengar pun gosip ini. Saya juga tidak tahu netizen mengesyaki saya pelakon yang dimaksudkan dalam gosip berkenaan.
Saya tidak faham apa yang menyebabkan mereka membuat dakwaan seperti itu. Rasanya saya tidak perlu ambil tahu kerana tiada kaitan dengan saya pun.
Raja Afiq kini bercinta dengan seorang wanita bernama Queen B, dia berkata dia tidak ambil pusing dengan spekulasi tersebut:
Saya tidak berkecil hati dengan tanggapan orang itu. Saya hanya ingin fokus pada kerjaya.
Wanita yang melahirkan anak pelakon itu mendakwa bayinya berwajah seiras dengan pelakon yang dikatakan. Wanita itu tidak mahu berkahwin dengan aktor tesebut, sebaliknya hanya ingin aktor itu melunaskan tanggungjawab membayar kos membesarkan anak tersebut dengannya.
Raja Afiq tidak bimbang dituduh kerana dia tiada kaitan dengan berita itu langsung. Sebelum ini, Idris Khan juga menafikan menyebabkan wanita mengandung hingga melahirkan anak setelah namanya disebut netizen sebagai salah seorang suspek. – beautifulnara.com