Raja Afiq Akui Sedang Mengenali Rapat Seorang Polis Dan Penyanyi, Soffwany Yusoff

Hiburan

Raja Afiq Akui Sedang Mengenali Rapat Seorang Polis Dan Penyanyi, Soffwany Yusoff

Siapa sangka walaupun sekatan yang agak ketat semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini mampu memutikkan rasa cinta antara dua hati. Begitulah yang diakui oleh pelakon Raja Afiq yang mendedahkan bahawa dia kini sedang mengenali hati budi seorang anggota polis.

Kalau anda nak tahu, wanita bertuah tersebut ialah seorang anggota polis dan turut berada di bawah naungan Suria Records kerana suaranya yang merdu bernama Soffwany Yusoff.

Advertisement

soffwany dan raja afiq

Menurut pelakon tersebut, mereka mula berkenalan menerusi media sosial dan kian rapat sejak PKP mula dilaksanakan pada 18 Mac lepas.

Mendengarkan bahawa petugas barisan hadapan yang banyak berkorban demi keselamatan rakyat Malaysia, Raja Afiq terpanggil untuk menghantar mesej terus kepada anggota polis tersebut bagi menyampaikan penghargaan.

“Secara tidak langsung saya terpanggil untuk menghantar mesej peribadi (DM) kepadanya di Instagram agar dia menjaga kesihatan dan berterima kasih kerana bersusah payah menjaga keamanan negara.”

Menerima balasan mesej daripada Soffwany, mereka mula bertukar nombor telefon sekaligus mula merapatkan hubungan tersebut.

Menurut Raja Afiq, meskipun mereka berdua mempunyai jadual kerja yang tidak menentu tetapi hal itu tidak menghalang keduanya untuk terus mengekalkan hubungan yang baik.

soffwany yusof

Mahu membawa hubungan ini ke fasa yang lebih serius, pelakon tersebut meminta semua orang mendoakan agar perancangan tersebut berjalan dengan lancar.

“Perancangan untuk membawa hubungan ini ke fasa serius sudah tentu ada kalau sudah tertulis dia jodoh saya. Kita hanya mampu merancang, tapi Tuhan tentukan. Doakan semoga semuanya berjalan dengan baik.”

Bagi yang tidak mengetahui, Soffwany dulu pernah tular selepas mendendangkan lagu raya bertajuk ‘Pulanglah’.

Semoga hubungan tersebut terus kekal sehingga ke jinjang pelamin.

Sumber: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...