Bapa kepada penyanyi, Siti Sarah iaitu Raisuddin Hamzah tekad menempuh 7 jam perjalanan untuk bertemu empat mata dengan kanak-kanak yang memiliki wajah mirip seperti Allahyarham anaknya.
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Raisuddin bekata kanak-kanak yang dikenali sebagai adik Miza itu memiliki gigi yang sama seperti arwah.
Bukan itu sahaja, anak kepada arwah iaitu Uwais Alqarni turut dilihat berkesempatan untuk bertemu dengan adik Miza.
View this post on Instagram
Tidak lama selepas itu, Shuib pula berkesempatan untuk membuat panggilan video bersama adik Miza.
Menerusi ruangan kapsyen, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad turut mengakui kanak-kanak berkenaan sememangnya mirip arwah isterinya.
Macam dia, semoga ada rezeki bertemu kamu.
Dalam video tersebut, suara isteri baharunya iaitu Watie Hanifiah juga dapat didengari bersetuju adik Miza mempunyai mata yang sama.
Sama la yang.. dia buat mata macam tu terus sama.
View this post on Instagram
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.