Rain dan Kim Tae Hee dilaporkan telah berkahwin semalam, setelah bercinta selama lima tahun dalam satu upacara persendirian dan tertutup di Gahoe-dong Cathedral, Seoul.
Hanya ahli keluarga dan rakan rapat hadir ke parkahwinan itu, termasuk Psy dan Park Jin-young, yang juga dikenali sebagai JYP.
Mereka berdua akan meneruskan kehidupan dan tinggal di kediaman milik Rain.
Mereka berdua juga khabarnya tidak akan berbulan madu dalam masa terdekat kerana komitmen kerja.
Dalam satu status Instagram, Rain meminta maaf kerana mengadakan perkahwinan secara persendirian dan menyatakan keputusan itu diambil kerana ‘keadaan semasa yang tidak stabil’.
Rain (nama sebenar Jung Ji Hoon) juga menyifatkan Tae Hee sebagai hadiah terbaik untuk dirinya dan menghargai Tae Hee kerana pelakon jelita itu sentiasa ada di samping Rain sewaktu susah dan senang.-beautifulnara.com
Sumber: Chuutalk