Akhirnya bekas awek Abang Nara semasa belajar di Korea dulu, Kim Tae Hee telah pun bertemu pengganti diri ini. Rain atau nama sebenarnya Jung Ji-hoon berjaya mencuri hati Kim Tae Hee. Mereka berdua telah disahkan mempunyai hubungan istimewa oleh agensi masing-masing.
Walaupun begitu, masih terlalu awal untuk mengharapkan pasangan ini mendirikan rumahtangga sekaligus bergelar suami isteri. Perhubungan mereka baru mencecah usia sebulan lebih dan tidak mampu berjumpa lebih kerapa oleh kerana status selebriti mereka dan kesibukan Rain menjalani latihan ketenteraan.
Apa pun Abang Nara berharap agar percintaan mereka bakal berakhir ke jinjang pelamin. Rain kini berusia 30 tahun sementara Kim Tae Hee pula 32 tahun. Memang sesuai untuk berkahwin dah tue. Semoga Kim Tae Hee tidak teringatkan kenangan bercinta bersama Abang Nara ketika ber”dating” bersama Rain. Hehehe ~~