Raikan Ramadan & Raya, Sambil Bina Perancangan Kewangan Yang Lebih Baik

Branded

Raikan Ramadan & Raya, Sambil Bina Perancangan Kewangan Yang Lebih Baik

Musim Raya sememangnya waktu yang meriah dengan pelbagai persiapan dan perbelanjaan untuk insan tersayang.

Dengan perancangan yang betul, perbelanjaan Raya boleh jadi lebih bijak dan teratur, setiap sen masih boleh dimanfaatkan dengan lebih baik. Jom tengok cara mudah untuk urus dan belanjakan wang dengan lebih strategik bersama Maybank.

Menang baucar percutian RM10,000

Sambil membuat persiapan musim perayaan, anda juga berpeluang menikmati ganjaran menarik.

Menerusi kempen Debit & Save oleh Maybank, pelanggan hanya perlu menyimpan  atau melakukan transaksi debit untuk berpeluang memenangi baucar percutian bernilai sehingga RM10,000.

Bukan itu saja, turut ditawarkan RM1,000 cashback untuk dimenangi. Jadi sambil urus kewangan dengan lebih baik, ada juga peluang untuk kumpul ganjaran dan mungkin bawa keluarga bercuti tanpa perlu risau sangat tentang kos.

Permudah urusan di luar negara dengan Maybank Global Access Account-i

Bila dah melancong, mestilah nak berbelanja kan? Nak tempah hotel, beli makanan, cenderamata sampailah tiket masuk di tempat tarikan di destinasi pilihan.

Untuk kegunaan ketika melancong, gunakan Maybank Global Access Account-i yang membolehkan pengguna menyimpan dan menukar kepada sehingga 18 mata wang dengan yuran penukaran sifar.

Bayar hanya RM5 untuk minuman dan makanan

RM5 Deals maybank

Siapa tak suka promo, betul tak? Lagi-lagi kalau boleh makan atau beli minuman kegemaran dengan harga lebih jimat, hanya RM5!

Sebab itu jangan lepaskan peluang dengan Tawaran RM5 Mastercard Kredit & Debit RM5 daripada Maybank. Pelanggan boleh mendapatkan pelbagai jenama makanan dan minuman terpilih pada harga RM5 hanya dengan menggunakan kad kredit atau debit Mastercard. 

Menggalakkan tabungan di musim Raya

Musim Raya juga masa terbaik untuk mula susun kewangan dengan lebih teratur. Selain sibuk berbelanja untuk persiapan Raya, apa kata dalam masa sama cari cara untuk tingkatkan simpanan supaya lebih terjamin untuk masa depan.

Melalui Maybank e‑Islamic Fixed Deposit‑i, pelanggan berpeluang menikmati kadar keuntungan sehingga 3.55% setahun. Ia merupakan pilihan simpanan patuh Syariah yang sesuai bagi mereka yang ingin menyimpan dengan lebih selamat. 

Pembiayaan untuk pelbagai keperluan

Bagi mereka yang ingin mengurus kewangan dengan lebih fleksibel, Pembiayaan Peribadi-i Maybank menawarkan pembiayaan untuk pelbagai keperluan seperti perbelanjaan peribadi, pendidikan atau komitmen penting lain. 

Pelanggan boleh memohon jumlah pembiayaan yang sesuai dengan kemampuan, menjadikan perancangan kewangan lebih mudah dan teratur.

Bagi yang menyimpan impian untuk menunaikan ibadah di Tanah Suci, Pembiayaan Peribadi-i Bag Haji & Umrah membantu memudahkan perancangan perjalanan Haji atau Umrah. 

Pembiayaan patuh Syariah ini memberi peluang kepada pelanggan membuat persediaan kewangan lebih awal supaya perjalanan ibadah dapat dirancang dengan lebih tenang.

Sementara itu, Pembiayaan ASB-i Maybank pula sesuai bagi mereka yang ingin membina masa depan kewangan melalui pelaburan  tanpa memerlukan modal tunai yang besar untuk bermula. Kemudahan pembiayaan ini membolehkan pelanggan melabur dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) dengan lebih terancang.

Untuk maklumat lanjut lawati laman rasmi Maybank. Jangan lupa ikuti Maybank di Facebook dan Instagram.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...