Difahamkan melalui akaun Instagram, Menteri Belia dan Sukan iaitu Hannah Yeoh memohon semua pihak untuk berhenti seketika membangkitkan isu pemain perseorangan badminton lelaki, Lee Zii Jia.
Berhenti ganggu Lee Zii Jia
Sebaliknya, dia meminta agar orang ramai meraikan kemenangannya yang berjaya membawa pulang pingat gangsa buat Malaysia.
Kata Hannah, pencapaian diraih oleh pemain yang berada di ranking ketujuh dunia itu cukup membanggakan terutamanya kerana berjaya bawa pulang pingat kedua untuk Malaysia.
View this post on Instagram
Ya, memang ada sejarah dengan Persatuan Badminton Malaysia, dia sekejap dalam Road To Gold dan kemudian memutuskan sebaliknya dan kini dia sepenuhnya bebas, tapi bolehkah kita sebagai sebuah negara berhenti sejenak dan meraikan hakikat bahawa anak muda ini menempuh perjalanan yang panjang, bangkit semula dan kini berjaya ke podium Olimpik?
Puji jurulatih Zii Jia
Dalam pada itu, Hannah turut sempat memuji jurulatih Zii Jia iaitu Wong Tat Meng atas peranan penting membimbing atlet ini hingga berjaya.
Sekadar info, kemenangan Lee Zii Jia meraih gangsa dengan mengalahkan pemain India, Lakshya Sen sememangnya menjadi satu kebanggaan buat rakyat.