Raikan Bebas COVID-19, Warga China Buka Semula Pasar Haiwan Eksotik

Trending

Raikan Bebas COVID-19, Warga China Buka Semula Pasar Haiwan Eksotik

Baru-baru ini, China mengumumkan negara mereka bebas daripada wabak COVID-19 yang meragut puluhan ribu nyawa.

Kalau anda fikir penularan wabak yang serius dan membawa maut itu akan memberikan pengajaran kepada sesetengah orang, rasanya anda kena fikir semula.

Advertisement

Terbaru, masih ada rakyat negara China yang tidak serik dan sudah tidak sabar untuk menjual serta menjamah haiwan eksotik apabila pasar basah yang menjual haiwan-haiwan tersebut sudah mulai beroperasi pada 28 Mac lalu. Difahamkan, pasar itu dibuka untuk “meraikan kejayaan” negara mereka yang sudah bebas daripada wabak COVID-19.

china buka semula pasar haiwan eksotik

Satu situasi yang tidak berperikemanusian saat melihat  terdapat kucing dan anjing yang ketakutan diletakkan dalam sangkar, manakala kala jengking dan kelawar pula ditawarkan untuk tujuan perubatan tradisional.

Setelah pasar itu dibuka, ribuan pelanggan dilihat mengunjungi pasar tersebut di Guilin, barat daya China. Namun, ada sedikit perbezaan kali ini apabila terdapat pegawai yang menjaga kawasan tersebut untuk menghalang orang ramai daripada mengambil gambar dan mengelakkan perkara itu viral di media sosial.

china buka semula pasar haiwan eksotik china buka semula pasar haiwan eksotik

Terdahulu, para saintis dapat menghubungkan wabak Coronavirus (COVID-19) dengan pasar makanan laut di Wuhan dimana pasar terbabit terlibat dalam menjual hidupan liar eksotik secara haram seperti ular, landak, tikus, kelawar dan macam-macam lagi.  Namun, China menuduh tentera Amerika Syarikat yang membawa virus tersebut ke Wuhan.

Sumber Berita : Daily Mail UK

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...