Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Raih RM100K Hasil Sumbangan Netizen, Mawar Rashid Guna Beli Peralatan Hospital

Mawar Rashid

Pelakon Mawar Rashid meluahkan rasa terharu dengan sikap rakyat Malaysia yang rata-ratanya sangat pemurah dan prihatin dalam menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Advertisement

Ujar Mawar, dia telah berjaya mengumpul wang lebih RM100,000 hasil sumbangan orang ramai dalam tempoh tiga hari pada bulan Julai yang lalu.

View this post on Instagram

A post shared by Mawar Rashid (@mawarashid)

Katanya lagi, sumbangan tersebut telah digunakan untuk membeli beberapa peralatan hospital yang sangat-sangat diperlukan pada ketika ini.

Alhamdullilah kami berjaya mengumpul sumbangan daripada rakyat Malaysia sebanyak RM91,400.00 dan menjadikan jumlah keseluruhan RM114,400. Dengan wang ini kita dapat membantu Hospital Selayang dengan menyumbang lapan jenis peralatan hospital seperti lima unit mesin oksimeter, 10 unit meja mudah alih dan 15 tong serta alatan oksigen.

Perkara tersebut dijelaskan Mawar ketika dia dihubungi sebuah media, baru-baru ini.

Maklum pelakon drama Tundukkan Playboy Itu lagi, kesemua wang itu berjaya dikutip Mawar hanya dengan melakukan kempen menerusi siaran langsung dalam Instagram selama tiga hari.

View this post on Instagram

A post shared by Mawar Rashid (@mawarashid)

Advertisement

Mawar Dalam pada itu berasa sebak dengan sambutan yang diterimanya dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyumbang.

Kempen sumbangan menerusi platfom Instagram yang dianjurkan Mawar itu turut mendapat sokongan dan bantuan daripada beberapa rakan selebriti seperti Zarina Anjoulie, Zoey Rahman dan juga Eyra Hazali.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top