Raih Perhatian Ramai Gadis, Lelaki Berbadan Sado ‘Viral’ Lincah Buat ‘Dance Cover’ K-POP

Gaya Hidup

Raih Perhatian Ramai Gadis, Lelaki Berbadan Sado ‘Viral’ Lincah Buat ‘Dance Cover’ K-POP

Ketika ini boleh dikatakan muzik dari negara Korea atau lebih dikenali sebagai K-POP sangat dikenali dalam kalangan masyarakat seluruh dunia.

K-POP mula berleluasa sejak tahun 2008 hinggalah ke hari ini dan Malaysia turut tidak terkecuali dari terjebak dalam fenomena ini.

Advertisement

Seperti seorang jejaka di platform KimchiDaily baru-baru ini, dia telah berjaya meraih perhatian daripada kalangan netizen kerana hebat menari dance cover untuk lagu-lagu K-POP.

jejaka sado menari kpop

Kelincahan lelaki berusia 25 tahun ini membuat dance cover lagu-lagu K-POP yang sedang trending telah berjaya ‘mencairkan’ hati para gadis yang menonton video ini di platform KimchiDaily.

Antara sebab dirinya mendapat perhatian kerana jarang untuk seseorang yang kelihatan maskulin dan berbadan sado melakukan konten-konten berkaitan dengan K-POP.

jejaka sado menari k-pop

Kini video-video menarinya yang diberi nama sebagai Let’s Choom berjaya raih berpuluh-puluh ribu tontonan daripada pengikut akaun TikTok KimchiDaily serta pengguna platform terbabit.

Dapat dilihat, jejaka sado ini telah melakukan 12 dance cover K-POP yang kini sedang trending ataupun lagu-lagu yang pernah popular beberapa tahun yang lalu.

jejaka sado menari k-pop

Tidak sangka bakat besar seperti jejaka ini ada di kalangan masyarakat Malaysia dan ia sememangnya layak dipertontonkan di kalangan umum, malah boleh dijadikan contoh buat individu lain agar tidak berasa malu memaparkan bakat terpendam.

Kalau korang nak tengok video dance cover K-POP jejaka sado ini, jangan lupa serbu TikTok KimchiDaily dan komen banyak-banyak tau!

2 years ago

Isteri Haqiem Rusli Akui Ada 'Feeling' Nak Jadi Kpop Idol - "Sebab I Rasa I Macam Rosé.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : KimchiDaily

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...