Raih 2 Juta Tontonan, Ramai Teruja Tengok Gelagat Nabila Huda & Fara Nadiah Dalam Shopee Live

Branded

Raih 2 Juta Tontonan, Ramai Teruja Tengok Gelagat Nabila Huda & Fara Nadiah Dalam Shopee Live

Siapa borong banyak barangan masa Shopee Live baru-baru ini, kita geng! Bukan senang tau nak dapat barangan berkualiti pada harga yang menjimatkan betul tak?

Dapat pula tengok gandingan artis popular dalam Shopee Live Skuad Stylo, memang lebih meriah lah ceritanya! Dengar-dengar live hari itu raih 2 juta tontonan serta hampir 850,000 “Add to Cart”! 

diskaun Shopee

Kalau anda nak tahu, antara selebriti terkenal selain Sherry Alhadad dan Dato’ Seri Vida yang aktif mengajak peminat untuk menyokong peniaga tempatan semasa Shopee Live Skuad Stylo adalah Nabila Huda dan Fara Nadiah. Patutlah meriah!

Diskaun Shopee

Semasa Shopee Live Skuad Stylo yang berlangsung pada 26 September, Nabila Huda meluahkan rasa kagum terhadap produk yang dihasilkan oleh bakat mahir tempatan dan mempunyai rekaan yang sangat cantik. 

Diskaun Shopee

Nabila yang mesra dengan panggilan Abil, juga dengan teruja berkongsi keselasaan terhadap kualiti kain tudung jenama tempatan, Heejab dan Theselamah yang digayakannya pada strim langsung tersebut kepada peminat. Kalau Abil sendiri kata selesa, maksudnya kain yang digunakan tu memang berkualiti!

Bukan itu saja, kalau anda selalu tengok video masakan pasta Abil, mesti anda tertanya di mana Abil beli pasta tersebut betul tak? 

Semasa strim langsung, Abil  bercerita dia membelanjakan antara RM300 hingga RM400 setiap bulan untuk membeli barang keperluan dapur seperti beras dan jenama pasta kegemaran di Shopee sebab ia lebih mudah daripada ke kedai fizikal. 

Diskaun Shopee

Sementara itu, Fara Nadiah yang juga salah seorang selebriti terlibat semasa Shopee Live Skuad Stylo menyatakan dia memahami usaha setiap penjual tempatan yang memerlukan platform tepat seperti strim langsung untuk memperluaskan lagi perniagaan mereka. 

Katanya, dia gemar membeli-belah secara dalam talian untuk barangan seperti kasut, aksesori, produk penjagaan kulit, serta barangan perabot sebab produk-produk yang dijual di Shopee kebanyakannya berkualiti tinggi. 

Diskaun Shopee

Selain itu, Fara juga menekankan tentang kualiti dan harga mampu milik produk buatan tempatan seperti jongkong emas 999.9 jenama Masdora kepada penonton semasa strim langsung pada 2 Oktober yang lalu bersama pengacara Sarancak(Sara Zulkifli). 

Memahami keperibadian wanita, Fara juga menyatakan platform seperti Shopee memudahkan lagi wanita diluar sana terutama suri rumah untuk membeli-belah sebab mereka boleh menguruskan perniagaan sambil melaksanakan tanggungjawab sebagai suri rumah. 

Menurut Ketua Pemasaran Shopee Malaysia, Kenneth Soh, Shopee menyasarkan untuk terus memberikan pengalaman beli-belah terbaik selain memenuhi keperluan pengguna serta menghibur sambil mengekalkan keterlibatan melalui konsep ‘shopping-tainment’. 

Jadi lepas ni, sambil anda berseronok ‘Add to Cart’ barangan masa Shopee Live Skuad Stylo, sambil tu juga anda boleh berhibur dengan artis jemputan. Mana tau artis kegemaran anda join! 

Untuk maklumat lanjut tentang promosi menarik, layari laman web rasmi Shopee atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...