June 5th, 2020

Berikutan penyebaran virus pandemik Covid-19 yang telah berlaku di seluruh pelusuk dunia, pelakon jelita dan berbakat, Raja Ilya tidak dapat pulang ke tanah air untuk meraikan aidilfitri bersama keluarga tercinta.

Dia yang kini berada di Perth, Australia terpaksa beraya di Perth bersama suami tercinta, Trent Garret.

View this post on Instagram

Amazing Raya ?

A post shared by Raja Ilya (@rajailya) on

Namun, semangat meraikan Aidilfitri yang dipamerkan suami Raja Ilya itu ternyata mengubat kerinduan dia kepada keluarga yang jauh nun berada di Malaysia.

Trent yang dilaporkan mengadakan rumah terbuka kecil-kecilan bersama keluarga dan teman rapat turut mengubati kerinduan Raja Ilya kepada keluarga apabila ramai tetamu telah datang berkunjung.

“Sayu hati hanya Allah sahaja tahu. Saya tak dapat balik pulang ke Malaysia kerana tiada penerbangan. Kami sentiasa memeriksa jadual penerbangan, memang tiada sampai Jun. Bulan berikutnya, Julai barulah ada penerbangan ke Kuala Lumput,”

Namun, menurut Raja Ilya, jika dapat pulang ke Malaysia, hanya dirinya sahaja yang dapat kembali ke tanah air kerana status Trent yang masih bergelar warga asing.

Tahun ini juga merupakan pertama kali dia berjauhan dengan ibunya di Malaysia ketika sambutan Aidilfitri. Lebih mengundang sebak buat Raja Ilya apabila ibunya menyambut hari lebaran seorang diri kerana adik-beradik lain juga tidak dapat pulang kerana PKPB yang dilaksanakan kerajaan.

View this post on Instagram

 

? Raya 2020

A post shared by Raja Ilya (@rajailya) on

Namun, sambutan meriah tetap dilakukan apabila wanita berusia 35 tahun itu tetap membuat panggilan video bersama ibu dan ahli keluarga yang lain pada pagi Syawal yang lalu.

Berkongsi pengalaman beraya di Perth, Raja Ilya turut memberitahu bahawa kerajaan Australia juga tidak membenarkan orang ramai berkumpul dalam satu masa. Hanya 10 orang dibenarkan dalam satu-satu masa.

Mengulas lanjut aktiviti rumah terbuka yang dianjurkan suami isteri berkenaan, dia mengatur kehadiran tetamu yang datang mengikut masa dan hanya menjemput 30 tetamu pada hari berkenaan.

“Kami jemput tetamu hanya sekitar 30 orang. Jadi, ada datang sebelah pagi, tengahari dan malam,”

View this post on Instagram

First time Masak Untuk Raya , Haha serious nervous time masak takut terlebih pedas atau terkurang Garam… Tapi Berjaya juga siap kan Rendang , Lemang ,biscuit Raya .. siap buat Cendol lagi .. nasib baik laa ada @jalan2perth Kat sini yang tolong .. Kalau tak ,memang Tak menang tangan . sempat bervideo call Dengan family Kat Malaysia . It’s a fun Raya . yeahhh ??????? #lifestyleoflove

A post shared by Raja Ilya (@rajailya) on

Untuk hidangan rumah terbuka, Raja Ilya mengakui ini merupakan kali pertama dia memasak untuk 30 orang. Makanan melayu tradisional seperti rendang ayam dan daging serta ketupang lemang menjadi pilihan juadah untuk tetamu.

“Disebabkan saya tak jumpa biskut raya, jadi saya belajar dan buat sendiri. Pelbagai biskut raya saya buat, hanya satu tak jadi iaitu putu kacang,”

Malah, busana yang digayakan Raja Ilya dan suami turut mengikuti adat melayu. Menurut Raja Ilya, mereka berdua membeli baju raya di atas talian sahaja. Mujur sempat, ujarnya lagi.

Walaupun berjauhan dari Malaysia, adat dan budaya masih dipelihara. Selamat Hari Raya diucapkan buat Raja Ilya dan suami!

Sumber: Media Hiburan


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...