Pemilihan apa yang dipakai seharian selain fesyen, ciri yang paling penting adalah keselesaan. Lebih-lebih lagi apabila perlu seharian bergerak, berdiri dan berjalan tidak kiralah untuk bekerja atau ketika melancong.
Jom kita lihat bagaimana selebriti media sosial dan artis menggayakan sandal dari koleksi Skechers Foamies dan Skechers GOwalk 6 On-The-Go Sandals. Koleksi ini ringan, selesa dipakai, dengan pelbagai warna dan sesuai untuk pelbagai aktiviti.
Wani Kyrie
View this post on Instagram
Penyanyi Wani Kayrie tampil berani dengan Skechers Woman Foamies Arch Fit warna menyerlah dipadankan dengan topi warna senada. Bergaya, selesa dan ringkas untuk sesi outing di hujung minggu bersama rakan-rakan dan yang tersayang.
Syedewa
View this post on Instagram
Bagi jurumekap selebriti terkemuka, Syedewa pula, dia lebih selesa dengan sandal Skechers GOWalk 5 Foamies warna merah. Sarungkan sandal ini dengan padanan pakaian smart kasual, dan siap sedia untuk makan malam atau menghadiri acara separa formal. Bukti sandal Skechers begitu versatil dan tidak terhad untuk bersantai semata.
Dr Tengku Ezulia, Dr Kayla
View this post on Instagram
Seharian bekerja merawat pesakit, tentunya sandal yang selesa menjadi keutamaan. Sebab itu, jenama Skechers menjadi pilihan doktor bedah, Dr Tengku. Hanya padanan scrub dan kasut Skechers warna biru, doktor ini siap sedia berkhidmat dan melalui hari yang mencabar berdepan pesakit.
Bagi doktor gigi, Dr Kayla menggayakan fesyen monochrome, sedondon dari hujung rambut ke hujung kaki. Scrub rona pink nude dipakai bersama kasut Skechers Women Foamies Arch Fit Footsteps menyerlah sisi feminin tapi masih mengekalkan gaya profesional di tempat kerja.
Ms Kuan
Ada perancangan untuk keluar bercuti dan perlu banyak berjalan dari satu tempat ke satu tempat? Apa kata ‘curi’ inspirasi gaya selebriti media sosial, Ms Kuan yang ringkas, bersahaja tapi kekal chic serta fashionable.
Pilih sama ada Skechers On-The-GO GOwalk 6 Sandals untuk gaya lebih santai atau kasut Skechers Women Foamies Arch Fit Footsteps bagi stail lebih tertutup namun masih kasual.
Rasai sendiri keselesaan koleksi Foamies Skechers dengan memesan secara online di SINI dan juga di Shopee serta Lazada selain store Skechers terpilih. Selain koleksi untuk dewasa, turut tersedia juga untuk kanak-kanak. Barulah boleh sedondon satu keluarga. Dapatkan sekarang!