Kalau sebut nama IU, pasti ramai yang akan terbayang senyuman manisnya yang berseri. Setiap kali IU buat persembahan atas pentas sambil tersenyum, wajahnya terus nampak cerah, lembut dan menawan. Jadi tak hairanlah ramai yang nak miliki gigi berseri macam dia.
Berita baiknya, rahsia senyuman berseri IU bukan lagi sesuatu yang mustahil. Sekarang ni produk penjagaan bukan untuk kulit dan wajah saja, malah untuk gigi pun ada juga dan dikenali sebagai Ubat Gigi Colgate Optic White Purple dan Colgate Optic White Purple Serum, yang dihasilkan berasaskan teori color-correction.
Serum & Ubat Gigi Dengan Teori Color Correction
Pada yang belum tahu lagi, tahun lepas Colgate dah meperkenalkan ubat gigi berwarna ungu, Colgate Optic White Purple, yang dirumus khas untuk membetulkan tona kuning pada gigi serta-merta bagi keberkesanan sementara.
Tahun ini, Colgate melangkah setapak lagi dengan menghasilkan Colgate Optic White Purple Serum sebagai Booster Pencerah untuk gigi dan membuatkan anda lebih berkeyakinan apabila tersenyum.
Kenapa warna ungu? Jawapannya terletak pada teori color correction. Dalam roda warna, ungu adalah lawan kepada kuning, jadi apabila digabungkan, ia boleh membetulkan tona kuning pada gigi. Dari situlah lahirnya rangkaian penjagaan gigi Optic White Purple ini.
Serum & Ubat Gigi Bukan Benda Sama!
Jangan keliru ya, serum gigi ini bukan pengganti ubat gigi. Anda masih perlu memberus gigi dengan ubat gigi seperti biasa, kemudian baru gunakan serum ini.
Bezanya, serum ini bertindak sebagai booster pemutih gigi dengan tekstur sedikit melekit dan warna ungu pekat dan mempunyai Superior Color Correction yang membantu membetulkan tona kuning.
Cara Mudah Guna Colgate Optic White Purple Serum
Dengan rekaan sleek dan pam mudah, hanya tiga langkah saja untuk dapatkan kesan:
PUMP– Picit 1 pam pada berus gigi sebagai tambahan selepas rutin memberus biasa.
PURPLE– Gosok gigi selama 2 minit.
SMILE– Bilas mulut, dan senyuman paling berseri siap terpancar!
Hasil pembetulan tona dapat dilihat seawal sekali penggunaan, jauh lebih menyerlah berbanding hanya menggunakan ubat gigi Colgate tanpa fungsi pemutihan.
Rahsia IU Miliki Senyuman Dengan Gigi Berseri Dah Terbongkar!
Anda kini boleh cuba sendiri Ubat Gigi Colgate Optic White Purple dan Colgate Optic White Purple Serum untuk dapatkan senyuman memukau seperti IU. Lebih istimewa, anda juga boleh boleh dapatkan IU x Colgate Optic White Purple Bundle di TikTok Shop Colgate Malaysia.
Lagi syok, setiap kit siap dapat IU exclusive photocard khas untuk koleksi anda!
Hanya Dengan Satu Langkah, Boleh Dapat Senyuman Ala IU
Tak perlu tunggu lama, senyuman berseri macam IU boleh jadi milik anda dengan rutin mudah ini. Jadi, apa tunggu lagi? Serbu pasar raya berdekatan untuk dapatkan Ubat Gigi Colgate Optic White Purple dan Colgate Optic White Purple Serum sekarang!
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Colgate atau ikuti mereka di Facebook.