Rahsia Sediakan Juadah Cepat & Sedap Ramadan Ini. Senang Pulak Tu

Branded

Rahsia Sediakan Juadah Cepat & Sedap Ramadan Ini. Senang Pulak Tu

Ramadan tiba… Ramadan tiba… Ramadan tiba, marhaban ya Ramadan. Pejam celik, pejam celik, tiba lagi bulan yang mulia Ramadan yang ditunggu-tunggu. Seharian menahan lapar dan dahaga, bila nak sampai berbuka, mesti kadang-kadang tak ada idea kan nak makan apa?

Bulan ini bukan hanya soal puasa sahaja, tapi lebih bermakna dari itu. Apatah lagi apabila melibatkan makanan yang disediakan bersama keluarga tersayang. Bukan soal makanan tu je, tapi detik-detik yang dikongsi bersama mereka ketika menyediakan dan menikmatinya ketika berbuka.

Nak mudah tapi sedap untuk makan ketika berbuka atau sahur, tak lain tak bukan mestilah kena ada stok Kawan Food di rumah. Jom kami kongsikan 2 produk dari Kawan Food yang paling recommended untuk sekeluarga.

Kawan Paratha

Kawan Paratha

Produk dari Kawan Food yang tak perlu diperkenalkan lagi, sampai ke mat salleh pun suka paratha sekarang tau. Sebabnya selain sedap dimakan dengan kari gulai atau bermacam lagi lauk berkuah, korang juga boleh makan ikut citarasa sendiri.

Boleh buat paratha wrap atau pilih paratha dengan perisa seperti cili dan bawang, bawang putih dan aloo paratha berinti kegemaran ramai. Mode diet dan jaga badan? Jangan risau sebab ada Wholemeal dan Flakey paratha. Semua pun ada untuk dipilih ikut selera masing-masing.

KG PASTRY KULIT POPIAH

Kawan Pastry

Nak buat popia atau samosa hidangan berbuka atau snek selepas tarawih? Senang je dengan KG PASTRY Kulit Popiah ni. Selepas digoreng sempurna, maka terhasillah popia atau samosa dengan kulit yang rangup keemas-emasan, makan panas-panas, confirm bertambah. Sepaket tak cukup untuk sekeluarga!

Produk Kawan Food ini yang penting bebas dari bahan pengawet menjadikannya sesuai untuk seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira usia. Penyediaannya pun mudah dan cepat untuk dinikmati bila-bila masa. Paling sesuai untuk semua di bulan puasa atau Syawal nanti.

Selain boleh digunakan untuk pelbagai resepi mengikut kreativiti dan selera masing-masing, produk Kawan Food ini juga cukup senang untuk disediakan. Terlambat bangun sahur atau anak kelaparan tengah malam pun, tak ada masalah.

Siapa Mama K?

Ramadan bukan sekadar tentang puasa semata. Ada lebih makna apabila bulan mulia ini dijalani bersama insan dan keluarga tersayang. Bersama menyediakan juadah berbuka dan sahut, kemudian menikmatinya apabila tiba waktu, adalah momen yang akan menjadi memori indah.

Mereka inilah Mama K sebenar. Mereka menjadi orang penting di dapur, selalu berkongsi makanan dan resepi selain sentiasa mengambil berat dengan insan disayanginya. Mama K adalah orang yang penting untuk hidup kita seharian. Jom video ini dan buat keputusan siapa Mama K. Untuk korang, siapa Mama K korang? 

Barangan Tefal untuk dimenangi!

Kawan Top Spender Contest

Alang-alang perlu tambah stok Kawan Food sepanjang bulan puasa dan raya nanti, nak tak menang barangan Tefal*? Takkan la tak nak kan? Boleh la untuk masak bermacam resepi lagi nanti.

Caranya pun mudah je, korang cuma perlu buat pembelian minimum sebanyak RM30 dan ke atas, kemudian…. Peraduan berlangsung dari 23 Mac sehingga 25 April 2023. Apa tunggu lagi, jom la borong Kawan Food di Lazada dan Shopee sekarang. Mana tahu barangan Tefal mungkin menjadi milik korang nanti kan? Dapatkan maklumat lanjut mengenai peraduan DI SINI.

Untuk membuat pembelian, korang boleh juga dapatkan di website rasmi Kawan Food. Jangan lupa ikuti Kawan Food di Instagram dan Facebook dan TikTok untuk update dan promosi terkini.

*Tertakluk terma dan syarat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...