Rahsia Penjagaan Gigi Lisa Surihani Terbongkar

Hiburan

Rahsia Penjagaan Gigi Lisa Surihani Terbongkar

Secara jujur, penjagaan mulut dan gigi adalah bukan satu perkara yang Abang Nara ambil berat. Apa yang Abang Nara lakukan hanyalah menggosok gigi 2 kali sehari iaitu pagi selepas bangun tidur dan malam sebelum tidur. Kadang-kadang kalau penat sangat, boleh je tidur terus tanpa gosok gigi.  Akibat kemalasan ini, Abang Nara bila bergambar agak malu-malu nak senyum. Takut ternampak gigi yang kurang bersih. Hehehe.

oral b

Advertisement

Jadi apabila selebriti feveret Abang Nara iaitu Lisa Surihani terlibat dengan projek #RethinkYourMouth oleh Oral B, Abang Nara terus rasa teruja nak turut sama. Bukan apa, comel sangat video Lisa Surihani menunjukkan kepentingan menjaga mulut dan gigi kita di Facebook Oral B.  Apabila gadis secomel Lisa Surihani buat penerangan, pastinya Abang Nara akan mendengar dengan tekun. Nak juga tahu rahsia kecantikan mulut dan gigi pelakon hebat ini.
oral bAkibat terpengaruh dengan gaya comel Lisa Surihani, keesokan harinya terus Abang Nara pergi ke Guardian The Curve untuk mendapatkan produk penjagaan mulut Oral-B. Kalau Lisa boleh dapat mulut yang sihat sempurna, Abang Nara pun boleh juga. 3 produk Oral-B yang Abang Nara beli ialah berus gigi Oral-B Pro-Flex, kumur mulut Oral-B’s Pro-Health dan juga pembersih celah gigi Oral-B Glide Deep Clean Floss. Ketiga-tiga barangan ini tak sampai RM50 pun.
oral bBerdasarkan kajian yang dilakukan, berus gigi Oral-B Pro-Flex membuang sehingga 93% kotoran dalam mulut yang sukar hendak dicapai oleh berus gigi lain. Mula-mula Abang Nara pun sukar nak percaya. Abang Nara ingatkan ini semua gimik “marketing”. Namun selepas seminggu menggunakan berus gigi Oral-B ini, memang terasa kelainannya. Kalau sebelum ini susah hendak berus sehingga ke hujung gigi geraham untuk buang nasi yang terlekat, kefleksibelan berus gigi Oral B ini membolehkan ia dilakukan dengan mudah. Paling best gusi Abang Nara tak berdarah walaupun diberus dengan kuat sebab kelembutannya berusnya. Secara jujur, memang keseluruhan gigi terasa lebih bersih, lebih selesa dan lebih mudah untuk diberus dengan Oral-B Pro-Flex ini.
oral b

Teruja dengan keberkesanan berus gigi Oral-B Pro-Flex, Abang Nara teruskan usaha untuk mendapatkan mulut yang lebih baik dengan penggunaan kumur mulut Oral-B’s Pro-Health. Apa yang penting sebelum beli Abang Nara dah periksa terlebih dahulu. Memang bebas alcohol. Abang Nara paling suka rasa “mint” yang segar apabila berkumur menggunakan Oral-B Pro-Health nie. Mulut pun terus rasa segar, lebih wangi dan paling penting, wife kata mulut Abang Nara tak berbau. Hehehe. Secara teorinya kalau guna kumur mulut Oral-B Pro Health ini akan dapat menghalang pembentukan plague dan melawan kaviti. Namun 2 perkara tue Abang Nara tak dapatlah nak buktikan secara klinikal. Yang penting mulut Abang Nara memang rasa lebih best berbanding dulu.
oral bProduk terakhir yang Abang Nara guna tak lain tak bukan ialah pembersih celah gigi Oral-B Glide Deep Clean Floss. Seumur hidup Abang Nara, inilah pertama kali Abang Nara guna benda pembersih gigi ini. Memang leceh untuk orang yang tak sabar seperti Abang Nara. Namun keberkesanannya memang power!!! Ada sekali tue Abang Nara makan daging dan cebisannya terselit di celah-celah gigi. Kalau dulu memang kena gosok gigi 2,3 kali baru dapat hilangkan, tapi bila guna pembersih celah gigi Oral-B Glide Deep Clean Floss, terus bersih sebersih-bersihnya gigi Abang Nara. Kagum sekejap. Sekarang ini seminggu 2 kali memang Abang Nara akan guna pembersih celah gigi Oral-B Glide Deep Clean Floss ini.

oral bSebenarnya target Abang Nara ialah untuk mendapatkan mulut secantik dan sebersih Lisa Surihani. Abang Nara pernah jumpa Lisa depan-depan. Senyumannya memang menawan. Mulut pun wangi. Gigi cantik bersih dan putih. Tersusun rapi je. Masa itu tertanya-tanya juga apa rahsia. Rupa-rupanya Lisa gunakan produk-produk Oral-B ini. Selepas Abang Nara gunakannya sendiri, memang terasa kelainan dan ada harapan untuk dapat mulut secantik Lisa.
rethinkSelaku pengguna yang berpuas hati, Abang Nara ingin mengajak korang untuk turut sama ikut serta dalam projek #RethinkYourMouth ini. Percayalah sekali korang cuba, pasti korang akan berpuas hati dan akan terus menggunakan 3 produk yang Abang Nara ceritakan tadi. Mulut sememangnya harus dijaga lebih-lebih lagi dengan makanan Malaysia yang banyak mengalakkan dan mempercepatkan kerosakan gigi. Takkan dah tua nanti kita nak tinggal gigi sebatang dua je kan atau nak pakai gigi palsu? Tak macholah macam itu.

rethink

Jom #RethinkYourMouth dengan Oral-B. Banyak lagi info menarik mengenai penjagaan mulut di Facebook Oral-B. Paling best penerangan-penerangan tersebut diberikan oleh Lisa Surihani. Sambil dengar penerangan, sambil leh layan awek cun. Hehehe.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...