Rahsia Kulit Cantik Orang Jepun Terbongkar, Capai Mochi Skin Dengan Cara Ini

Branded

Rahsia Kulit Cantik Orang Jepun Terbongkar, Capai Mochi Skin Dengan Cara Ini

Mochi skin atau mochi hada adalah keadaan kulit yang paling ideal yang diidam-idamkan bukan saja di Jepun, malahan di seluruh negara Asia. Trend mochi skin ini diambil sempena mochi, sejenis kuih dari Jepun yang lembut dan kenyal dengan pelbagai jenis inti di dalamnya.

Ringkasnya, mochi skin adalah istilah bermaksud kulit yang lembut, anjal serta bebas garis halus atau kulit kering. Macam kulit baby, siapa tak nak kan? Tapi tahu tak sekarang ni, trend skincare ‘mochi skin’ semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia?

Kalau sebelum ini glass skin dari Korea menjadi #skincaregoals, ada ke beza? Mestilah berbeza! Glass skin memfokuskan untuk mendapat kulit lembap seakan boleh memantulkan cahaya seperti kaca. Manakala mochi skin menekankan kulit lebih matte, lembut tanpa kelihatan berkilat berseri.

Macam mana nak dapat mochi skin?

Mochi skin trend

Untuk mendapat mochi skin, tips pertama adalah untuk kembali kepada asas skincare utama iaitu pencuci muka yang lembut. Pencuci muka dengan bahan yang lembut penting dapat membersihkan kotoran di liang pori tanpa menghilangkan sebum semula jadi kulit. 

Jika pencuci muka terlalu kasar, kulit akan bertambah kering dan secara automatik akan menghasilkan lebih banyak minyak untuk menggantikan minyak yang hilang.

Hydration is queen!

Bukan saja kulit kering ketika mencuci muka dengan pencuci dengan bahan kasar, malahan ada beberapa faktor lain juga tau. Contohnya cuaca yang panas dan lembap, suhu, mandi air panas, serta keadaan kulit seperti ekzema & psoriasis.

Jadi, untuk mencapai mochi skin, proses hidrasi amat penting sehingga ayat ‘Hydration is queen’ menjadi pegangan untuk mereka yang mementingkan penampilan kulit sihat.

Kotojyun Hada Labo Serum Mask bakal realisasikan mochi skin

Jenama penjagaan kulit terkenal dari negara matahari terbit, Hada Labo memperkenalkan varian Kotojyun Hada Labo Serum Mask untuk membantu penggunanya mencapai mochi skin diidamkan.

Hada Labo Kotojyun Mask

Terdapat 3 varian untuk mengatasi keadaan kulit berbeza iaitu: Premium Moist untuk kulit sangat kering & Instant Hydration yang memberikan penghidratan segera bagi kulit normal hingga kering. Deep Whitening pula menghidratkan dan mencerahkan, sesuai untuk kulit kering dan berpigmentasi.

Premium Moist Kotojyun Mask

Premium Moist Kotojyun Mask

5 jenis Asid Hyaluronik iaitu Asid Hyaluronik 3D, Asid Hyaluronik Penyerap, Asid Hyaluronik, Asid Hyaluronik Nano, Asid Hyaluronik Super serta Alga Biru Jepun, 3 jenis Seramida serta Squalene dalam mask ini menghidratkan kulit sepenuhnya dari permukaan ke lapisan kulit dalaman. 

Bahan penghidratan yang sangat berkesan ini berganding bahu untuk mengunci, menyimpan dan mengisi air untuk kulit yang lembut, licin dan halus, selangkah lebih dekat mencapai mochi skin!

Instant Hydration Kotojyun Mask

Hada Labo Instant Hydration Kotojyun Mask

Terdapat 4 jenis Asid Hyaluronik dalam mask ini yang berupaya pengekangan air yang tinggi untuk mengunci dan menahan air untuk penghidratan bertahan. Dengan proses penyerapan tinggi, ia menembusi dan melembapkan kulit secara mendalam untuk penghidratan sepenuhnya.

Hada Labo Instant Hydration Kotojyun Mask

Bahan kunci dalam Instant Hydration Kotojyun Mask ini adalah 4 jenis Asid Hyaluronik Asid Hyaluronik Super, Hyaluronat Zinc Hydrolyzed, Asid Hyaluronik Nano dan Asid Hyaluronik. Setiap pek mask mengandungi 23ml serum untuk membekalkan hidrasi maksimum untuk kulit.

Deep Whitening Kotojyun Mask

Hada Labo Deep Whitening Kotojyun Mask

Mask ini dirumuskan dengan 4 bahan pencerah terkenal yang sangat mujarab iaitu Arbutin, Asid Tranexamic, Niacinamide dan Ekstrak Licorice. Pupur serum kecantikan yang meresap ke dalam menembusi lapisan kulit sehingga dapat memperbaiki kulit, mencerahkan bintik-bintik gelap dan meratakan warna kulit untuk menampakkan kulit yang sihat berseri.

Hada Labo Kotojyun Mask ini sangat menghidratkan dan membantu menghidupkan semula kulit kusam agar kelihatan segar dan berseri. Paling penting, ianya mempunyai nilai pH seimbang bebas alkohol, pewarna, haruman dan minyak mineral, oleh itu ia tidak merengsakan kulit.

Hada Labo Kotojyun Mask

Jom masukkan Hada Labo Kotojyun Mask dalam rutin penjagaan kulit untuk capai mochi skin dihajati. Mask ini sudah mula dijual pada harga RM12.90 setiap helai,  boleh dapatkan di Shopee, Lazada dan farmasi terkemuka di seluruh negara.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...