Baru-baru ini, di laman TikTok, tular satu video memaparkan pasangan warga emas dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata biarpun kedua-dua usia sudah pun separuh abad.
Melalui hantaran video tersebut, difahamkan isteri warga emas yang berusia 42 tahun itu telah selamat melahirkan anak pertama pada 31 Mei lalu, kira-kira jam 9.30 malam.
Dalam video terbabit juga, kelihatan si suami berumur 80 tahun sedang iqamah dan itu merupakan bayi pertama mereka selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga.
Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen mengucapkan tahniah buat pasangan itu kerana dikurniakan zuriat sudah lanjut usia dan ada juga wanita yang Trying To Conceive (TTC) mendoakan mereka juga memiliki cahaya mata sendiri satu hari nanti.
Bahkan, ada juga wanita yang kongsi pengalaman bersalin di usia 40-an dan bersyukur kerana diberi rezeki untuk menimang cahaya mata sendiri.