December 26th, 2011

Ini adalah kisah benar. Abang Nara rasa tahap kesihatan diri ini berada di dalam keadaan terbaik masa study di Korea dulu. Muka tak ada jerawat, perut tak buncit, tak overweight dan tak cepat penat. Tak percaya? Sila tengok kekacakan Abang Nara ketika itu.

hidup sihat

Namun sebaik sahaja Abang Nara habis study dan pulang ke Malaysia, maka kekacakan dan kesihatan Abang Nara mula berkurangan. Jerawat mula timbul, kebuncitan perut sikit demi sikit terjadi dan mudah terasa penat. Ini sungguh meng”stress”kan.

hidup sihat

Apakah perkara yang Abang Nara lakukan di Korea tapi tak lakukan di Malaysia sehingga perkara ini terjadi? Air kosong 7,8 gelas Abang Nara minum, main futsal tiap-tiap hujung minggu, makanan pun jaga tak amik yang berminyak sangat. Fikir punya fikir, Abang Nara rasa Abang Nara tahu apa jawapannya.

hidup sihat

Ya betul, berjalan. Masa Abang Nara belajar di Korea dulu, sehari Abang Nara berjalan dekat 30,000 langkah. Mana taknya, nak pergi university daripada rumah sewa yang jaraknya 1km pun Abang Nara berjalan, nak pergi subway station pun Abang Nara berjalan, nak gi cybercafé pun berjalan, nak gi makan pun berjalan. Memang hampir semua tempat yang nak pergi semuanya Abang Nara sampai dengan berjalan.

hidup sihat

Patutlah masa Abang Nara honeymoon kat Korea hari tue, wife Abang Nara pelik sebab banyak sangat berjalan. Dia siap tanya kenapa tak naik teksi padahal tempat yang nak dituju tue jauh. Abang Nara bagitaulah dia yang memang orang Korea suka berjalan. Itu sebab orang Korea semua nampak sihat, kacak, cantik, tak overweight dan licin kulit mereka.

hidup sihat

Tahukah anda sekiranya anda menjadikan berjalan 10,000 langkah sebagai rutin harian anda, ianya sangat baik untuk kesihatan anda? Dan tahukah anda berjalan 10,000 langkah adalah bersamaan dengan perjalanan sejauh 7 hingga 8 km. Memang nampak agak banyak 10,000 langkah tapi cuba bayangkan anda berjalan bersama isteri, anak-anak tak pun kawan-kawan sambil berborak menunggu masuk waktu Maghrib selepas kerja. Selain dapat kesihatan, dapat jugak tambah kemesraan bersama mereka yang tersayang. Tak gitu?

hidup sihat

So tunggu apa lagi? Marilah mula berjalan hari ini. Buat secara berperingkat pun tak apa. Hari ini 1,000 langkah, esok 2,000 langkah dan begitulah seterusnya sampai 10,000 langkah. Jangan lupa catit berapa banyak langkah yang dibuat sebagai rujukan. Kalau anda mampu, tak perlu berhenti di 10,000 langkah. Lagi banyak langkah lagilah bagus kan?

hidup sihat

Dan sekiranya anda ingin kelihatan kacak dan bergaya seperti Fahrin Ahmad, jangan lupa untuk menonton rancangan Sihat 1 Malaysia yang dihoskan oleh Fahrin Ahmad sendiri. Ramai selebriti-selebriti terkemuka tanah air seperti Siti Saleha, Chef Zaidah, Ifa Raziah dan ramai lagi yang akan berkongsi tip kesihatan mereka. Menarik kan?

P.S: Lebih info tentang gaya hidup sihat boleh didapati di laman web http://www.gayahidupsihat.my.


Comments are closed.

Loading...