Hari ini Abang Nara nak ajak anda semua menyelami hati seorang wanita. Wanita sememangnya ciptaan Tuhan yang tersangatlah misteri. Selalunya sebagai seorang lelaki, sukar kita nak fahami apa yang wanita mahukan. Lebih-lebih bila time nak beli hadiah untuk si dia. Punyalah payah sampai berserabut kepala otak nak fikir apakah hadiah yang paling sesuai. Tak gitu?
Tapi tahukah anda, yang sebenarnya ada 6P yang paling disukai oleh wanita-wanita seluruh dunia. Tak tahu? Tak tahu takpe sebab Abang Nara pun baru dapat tahu hari ini. 6P tersebut ialah:-
1. Perfect Dress (sebab tue perempuan kalau shopping lama)
2. Precious Stone (batu permata, cincin emas dan mutiara naga)
3. Penthouse (lagi besar rumah lagi suka lah perempuan itu)
4. Platinum card (yang nie paling best sebab leh swipe je time shopping)
5. Posh car (sebab tue kalau ada kereta Fair Lady senang sikit nak ngorat awek)
Dan P yang terakhir ialah:-
Playboy Fragrances for Women. Inilah P yang paling terbaru dan bakal menjadi pujaan kaum wanita di Malaysia. Sebabnya launching Playboy Fragrances for Women ini sedang berlangsung di Midvalley bermula 20 April (Rabu) sehingga 24 April (Sabtu) ini. Paling mantap Malaysia adalah negara pertama di Asia Tenggara yang dipasarkan fragrance ini.
Eh Abang Nara, apa kaitan beg Burberry idaman saya kat atas tue dengan pelancaran Playboy Fragrances for Women?
Korang nie kalau tengok beg Burberry je terus rambang mata ye. Menyampah Abang Nara dibuatnya. Untuk pengetahuan anda semua, hari Sabtu 23 April ini akan diadakan pertandingan memakai pakaian berdasarkan 6P di atas bermula jam 2.30 petang sehingga 3.30 petang. Pemenangnya akan mendapat beg Burberry di atas yang berharga lebih dari RM2000.
Abang Nara ulangi sekali lagi. Beg Burberry bernilai RM2000 lebih ini boleh menjadi milik anda bersempena dengan pelancaran Playboy Fragrances for Women. Syaratnya anda kena datang berpakaian dengan salah satu tema 6P yang Abang Nara dah terangkan di atas. Peserta nanti kena buat catwalk, terangkan tema pakaian diorang dan cabaran terakhir, gunakan kehebatan korang untuk mengorat pakwe-pakwe di Midvalley nanti. Pendaftaran akan dibuka jam 2 petang untuk mereka yang berminat.
Eh Abang Nara, boleh menang kereta Maserati Granturismo S 09 jugak ke kalau pergi launching Playboy Fragrances for Women nie?
Wahhhhhh. Tak mengalah angan-angan nak menang kereta idaman jutaan ramai orang. Kereta Maserati Granturismo S 09 yang ditaja oleh Naza World & Naza Italia ini akan dipamerkan sekali untuk para pakwe, suami, datuk dan ayah yang datang menemankan awek-awek mereka nanti. So kalau nak amik gambar, jangan lupa datang Midvalley hari Sabtu ini untuk peluang memenangi beg Burberry sempena dengan pelancaran Playboy Fragrances for Women.
Tapi jangan pulak pakai seksi terlebih macam Miera Liyana semata-mata untuk menang beg Burberry nie. Jumpa anda di sana ~~~~~~~~~~~~