“Rahim Pecah Kerana Makan Pil Gugur Kandungan”

Trending

“Rahim Pecah Kerana Makan Pil Gugur Kandungan”

Hello Assalamualaikum Dr Izzat, on call ke arini? Saya Dr Zek dari Zon Merah Jabatan Kecemasan nak mintak pendapat tentang seorang pesakit ni. 19 tahun, Melayu bla bla bla bla bla..”

Doktor, tekanan darah pesakit makin lama makin rendah. Nadi makin lama makin laju. Pucat dah adik tu doktor. Mula-mula dia boleh bercakap dengan saya. Lama-lama nampaknya makin penat dan semakin letih, sekarang dia merapu-merapu dah. Kedua-dua belah mata hampir nak tertutup.”

Saya dah ‘run’ 2 pint Hartmann, tekanan darah tak boleh mantain lama, sekejap saja ok lepas tu turun balik. Saya dah inform tabung darah untuk standby darah tuk pesakit ni.”

Saya sendiri kurang pasti kenapa jadi macam ni doktor mula-mula. asalnya pesakit datang sebab sakit perut teramat sangat, menurut pesakit, period dia tak datang 3 bulan dah, saya nak tanya lebih lanjut tiba-tiba tekanan darah jatuh menjunam. Cuak saya tadi. Fuh.

Keluar peluh jantan! Nak-nak pula bila dia dah merapu, lagi la saya tak senang duduk. Saya sempatlah buat ujian kehamilan dekat dia dengan air kencing pesakit yang sedikit ni. POSITIF doktor! Lagilah melompat saya. Selepas pemeriksaan, saya dapati ada parut kat perut beliau, rasanya parut lama caesarean dulu ni. Makin lama makin kembung perutnya. Saya rasa ada intraabdominal bleeding ( pendarahan dalam ruang abdomen ) yang banyak. Saya sempat gak buat scan tadi, tak nampak apa pun kecuali darah beku yang berketul-ketul.

Nampak gayanya macam kehamilan luar rahim dah pecah.

Boleh doktor datang tengok pesakit ni ke?””

Okay ? saya on the way. Cepat dapatkan darah yang sesuai untuk pesakit, mula transfuse. Aktifkan red alert ? ( sistem kecemasan ).

Beritahu dewan bedah dan doktor bius sekali untuk kosongkan dewan bedah. Saya nak pesakit ni nanti masuk dulu.

Suami dia ada ke? Mintak dia jangan pi memana saya nak jumpa.”

Errr.. dia datang seorang ni doktor naik grab rasanya”

Sesampainya di Zon Merah Jabatan Kecemasan….

Rina, saya Dr Izzat, on call malam ni. Awak kena beritahu saya benda-benda yang betul sahaja, jangan tipu-tipu. Kalau awak tipu penilaian saya salah, dan saya bagi rawatan yang salah kat awak.

Saya bukan nak hukum awak atau memandang hina kepada awak, tapi saya nak bantu awak ni Rina.

Dengar tak ni Rina?”

Advertisement

Rina masa tu muka pasrah… Mungkin dia boleh temberang Dr Zek, tapi bukan saya.

Selidik punya selidik, Rina sebenarnya mengandung anak luar nikah, ni kehamilannya yang ke dua dengan pasangan yang lain. Kehamilan pertamanya berakhir dengan pembedahan caeserean. Kehamilan terkini baru diketahui baru saja periksa.

Rina buntu dan gusar dengan perubahan dirinya dan cepat-cepat hubungi penjual pil gugur kehamilan – dengan harapan dapat gugurkan kehamilan ini. Senang habis cerita. Ceritanya tak semudah tu.

Penjual pil gugur kehamilan berjaya meyakinkan Rina, lantas Rina tanpa berfikir panjang membeli pil gugur kehamilan dari Facebook.

Ayat penjual pil gugur kehamilan berbunyi seperti ini : “jangan risau dik, sis dah cuba dah… dijamin 200% keluar punya, jangan risau tak ada komplikasi. Boleh mengandung lagi nanti”

Rina lega dengan penjelasan sis penjual pil gugur kehamilan dan percaya inilah jalan terbaik untuknya. Dia tak diberitahu pil gugur kehamilan TAK BOLEH digunakan pada rahim yang pernah ada pembedahan caesarean atas sebab tingginya risiko rahim pecah.

Dia juga tak dimaklumkan risiko pendarahan melampau di rumah. Dan yang paling penting, Rina tak dimaklumkan pil gugur kehamilan HARAM digunakan untuk kehamilan luar rahim ( ectopic pregnancy )

Nah…. Rina menggunakan pil ini dan dalam masa yang sama ada kehamilan luar rahim.

Dalam kes Rina, kehamilan luar rahimnya pecah dan menyebabkan beliau hilang banyak darah dalam ruang abdomen, yang hampir meragut nyawa beliau.

Inikah yang dikatakan sis penjual pil gugur kehamilan sebagai SELAMAT & TIADA KOMPLIKASI ??

Sumber: Dr. Muhammad Iezat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...