Ragut – Pesanan Dari Kami Untuk Anda Semua

Ragut – Pesanan Dari Kami Untuk Anda Semua

ragut di malaysia

[note]Ini adalah artikel pesanan khidmat masyarakat. Kes ragut di Malaysia dah terlalu melampau. Kami ingin mengambil kesempatan ini mengingatkan pembaca-pembaca kami agar berhati-hati di mana sahaja anda berada. Malaysia sudah tidak selamat lagi.[/note]

Advertisement

Minggu lepas sahaja 2 orang sudah mati akibat menjadi mangsa ragut. Itu yang masuk suratkhabar, belum kira berapa ramai lagi yang setiap hari menjadi mangsa peragut-peragut sialan di Malaysia ini.

Kenapa mereka meragut? Yang pertamanya sudah tentu sebab diorang ini tak ada kerja. Duit tak ada tapi ada motor. Nampak pulak makcik kat tepi jalan tengah jalan berlenggang sambil pegang handbag nak tak nak jer. Apa lagi, nafsu meragut terus membara. Nak duit mudah la katakan.

Yang meragut nie tak kira bangsa. India ada, Melayu ada, Cina pun ada. Tapi rasanya mat-mat Indon dan Bangla kat Malaysia nie pun turut terlibat jugak. Dah la datang negara orang secara haram, buat lagi benda celaka nie.

Beberapa pesanan buat anda semua terutamanya kaum wanita:-

  1. Jangan jalan atau naik motor sorang-sorang.
  2. Jangan la tayang handbang, rantai, gelang tangan dan barang berharga yang sewaktu dengannya di tempat awam.
  3. Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling anda. Kalau ada dengar bunyi motor yang rempit lain macam jer, cepat-cepat lari ke tempat selamat.
  4. Kalau anda bawak kereta, jangan letak handbag atau handphone anda di tempat penumpang. Itu memang mengundang maut. Peragut sanggup pecahkan cermin kereta anda untuk meragut.
  5. Sekiranya anda diragut jangan melawan. Biarkan ajer. Nyawa anda lebih penting daripada barang yang diragut. Ramai yang terkorban sebab cuba nak dapatkan balik barang yang diragut.
  6. Sentiasa baca ayat-ayat pelindung diri mengikut kepercayaan agama masing-masing sebelum keluar rumah. Ini namanya kita bertawakal.
  7. Jangan takut nak menjerit mintak tolong sekiranya ada manusia-manusia celaka yang mencurigakan di sekitar anda. Malu sekejap takper daripada diragut.

Sekian khidmat pesanan masyarakat daripada kami. Sesungguhnya kami sedih dengan keadaan negara kita sekarang. Marilah kita sama-sama berusaha untuk mengubahnya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...