Rafizi Ramli Diugut Lagi! Didakwa Terbabit Video Lucah Dengan Lelaki & Peras Ugut Wang AS$100,000

Berita

Rafizi Ramli Diugut Lagi! Didakwa Terbabit Video Lucah Dengan Lelaki & Peras Ugut Wang AS$100,000

Sekali lagi bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli diugut dan kali ini beliau mendakwa menerima ugutan video lucah yang kononnya mengatakan dirinya bersama dengan seorang lelaki.

Diugut video lucah bersama seorang lelaki pula?

Difahamkan, ugutan tersebut diterima melalui satu e-mel yang tidak dikenali, semalam.

Advertisement

Bukan itu, si pengirim juga memeras ugut Rafizi agar memberi wang sebanyak AS$100,000 (kira-kira RM420,000) sekiranya tidak mahu video berkenaan disebarkan kepada umum.

Screenshot (tangkap layar) video itu nampak seperti seorang lelaki di katil bilik dan setting (tetapan) kabur macam video yang pernah ada dahulu… cuma nampak macam muka saya ada di situ.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rafizi Ramli (@rafiziramli)

Tidak gentar dengan ugutan tersebut, Rafizi percaya video itu merupakan bahan lama yang disuntingkan semula atas tujuan untuk menggodam peranti elektroniknya dan membuat fitnah yang lebih besar.

Ugutan kali keempat sejak sembilan bulan lalu

Cubaan paling berbahaya menggunakan firma antarabangsa dan cuba menggodam iPhone serta akaun Apple saya. Cuma ciri keselamatan iPhone ini lebih baik dan bila ada cubaan, maka Apple akan terus beri arahan untuk menutup telefon serta peranti lain yang berkaitan.

Katanya lagi, ini merupakan kali keempat belia menerima ugutan serta menjadi sasaran penggodam dalam tempoh sembilan bulan iaitu pada 14 November 2024, selain 6 Mac, 25 Jun serta 3 September tahun ini.

Dalam pada itu, Rafizi memaklumkan Ahli Parlimen Subang iaitu Wong Chen turut menerima e-mel ugutan yang sama, semalam.

Kini, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat telah mengesahkan menerima laporan itu dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

rafizi ramli
2025-08-14 13:06:59

"Kemungkinan Anak Saya Disuntik Dadah, Racun, HIV Atau Air" - Rafizi Ramli

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...