Rafizi Ramli Bakal Buka Kedai ‘Harga Marhaen’, Fleximart & Kesum Tawar Makanan Di Bawah RM5!

Berita

Rafizi Ramli Bakal Buka Kedai ‘Harga Marhaen’,  Fleximart & Kesum Tawar Makanan Di Bawah RM5!

Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli, bakal melancarkan dua projek sosial baharu pada awal November ini  kedai serbaneka Fleximart dan kedai makan Kesum, yang menampilkan konsep “harga marhaen” untuk rakyat.

Fleximart akan menumpukan kepada jualan makanan siap di bawah RM5, selain menawarkan pelbagai barangan runcit pada harga mampu milik.

Advertisement

Sementara itu, kedai makan Kesum pula beroperasi di bawah konsep “Asal Kenyang, Sedap dan Murah”, berinspirasikan daripada daun kesum — simbol kepada kesegaran dan cita rasa tempatan. Menariknya, nama Kesum juga merupakan singkatan kepada Kenyang, Sedap dan Murah.

Menurut Rafizi, kedua-dua kedai ini menggunakan model perusahaan sosial yang menekankan perkongsian keuntungan antara penyumbang modal, pekerja dan masyarakat.

Lebih untung, lebih tinggi gaji pekerja dan keuntungan itu disumbangkan balik supaya harga dapat dikekalkan rendah.

Saya tidak tahu sama ada model ini akan berjaya, tapi niat saya ialah membuka peluang pekerjaan kepada anak muda dan membantu orang ramai dengan menawarkan makanan serta barangan pada harga lebih murah.

Rafizi menambah, sekiranya dua “eksperimen sosial” ini berjaya, ia akan diperluas ke lebih banyak cawangan bagi melatih anak muda menguruskan perniagaan sendiri sambil menawarkan harga yang lebih rendah kepada rakyat.

Pembukaan Fleximart akan berlangsung pada Sabtu, 1 November 2025 jam 10 pagi di 35, Jalan Plumbum U7/U, Seksyen 7, Shah Alam, sederet dengan Speedmart.

Sementara itu, kedai makan Kesum pula dijadualkan dibuka pada Sabtu, 8 November 2025 jam 9 pagi di 25, Jalan Pandan Indah 1/20, Pandan Indah, sederet dengan KM Bistro.

Rafizi turut memaklumkan bahawa beliau sendiri akan turun padang sebagai krew Fleximart dan Kesum pada hari pembukaan kedua-dua kedai tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

trump malaysia
2025-10-27 12:52:55

"Tak Nampak Macam Dunia Ke-3" - Tular Video Konvoi Presiden Trump Di KL, Netizen Luar Negara Puji Keadaan Jalan Di Malaysia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...