“Rafizi Nampak Macam Terdesak, Bulan Puasa Pun Tabur Fitnah” – Caprice

Kehidupan

“Rafizi Nampak Macam Terdesak, Bulan Puasa Pun Tabur Fitnah” – Caprice

Pempengaruh dan rapper sensasi, Caprice menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya sebagai keterlaluan.

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 38, ketika dihubungi Kosmo! Online berkata, beliau tidak terkesan dengan perkembangan tersebut dan mendakwa sikap sebenar bekas Menteri Ekonomi itu semakin terserlah.

Advertisement

“Saya okey sahaja buat masa sekarang. Dia (yang) nampak macam dah makin terdesak,” katanya ringkas.

Pelantun lagu Dem Girls itu turut menafikan dakwaan kononnya dia berdendam dengan Rafizi kerana pernah gagal mendapatkan tender ketika ahli politik itu memegang portfolio Menteri Ekonomi.

“Kalau bulan puasa pun boleh tabur fitnah, kalian faham-faham sahajalah.”

“Bahagian paling mengejutkan. Dia ketawakan saya cari kerja. Kami merupakan agensi, siapkan enam ke tujuh kertas kerja dan mungkin hanya satu yang lepas.”

“Sesiapa yang kerja dalam bidang pengiklanan atau media, benda ini normal untuk agensi buat pitching. Kenapa perlu tujukan pada saya dalam podcast? Beginikah perangai wakil rakyat?,” katanya.

Terdahulu, Caprice menghadiahkan sejambak bunga ros sebagai tanda mahu berdamai dengan Rafizi berhubung isu dakwaan rasuah RM2.5 bilion membabitkan penganugerahan kontrak kepada sebuah syarikat.

Beliau juga merayu agar Ahli Parlimen Pandan itu tidak mengheretnya ke dalam polemik politik berkaitan isu tersebut.

Caprice menegaskan bahawa beliau tidak pernah menuduh Rafizi terlibat dalam kes rasuah berjumlah RM2.5 bilion seperti didakwa, sebaliknya menyifatkan hantaran yang dibuatnya sebagai pertanyaan yang adil.

Bagaimanapun, Rafizi dalam podcast kendaliannya memaklumkan tindakan saman terhadap Caprice akan tetap diteruskan. Menurutnya, kandungan yang dimuat naik Caprice didakwa membawa unsur tuduhan bahawa beliau mempunyai kepentingan dalam Invoke Solutions Sdn. Bhd. sehingga menimbulkan persepsi negatif terhadap integritinya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-02-23 10:32:02

"Saya Dihalang Masuk, Lalu Saya Beli Pasport Kedua" - Tindakan Rakyat Israel Ini Melawat Malaysia Undang Pelbagai Respon

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Hib Glam

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...