Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dalam hantaran di akaun X miliknya menjelaskan insiden serangan ke atas anaknya baru-baru ini menimbulkan persoalan mengenai dalang di sebalik kejadian itu.
Katanya, serangan tersebut turut diiringi mesej ugutan agar beliau berdiam diri, sekali gus menimbulkan persoalan siapa yang mahu beliau senyap dan mengenai isu apa.
,
Ada yang cuba kaitkan serangan ke atas anak saya dengan Ismail Sabri atau KJ. Saya tak selidik atau sentuh kedua-duanya, ini cubaan jahat mengalihkan perhatian.
Rentetan dari insiden satu serangan ke atas anak saya minggu… pic.twitter.com/hj8gImoVjl
— Rafizi Ramli (@rafiziramli) August 20, 2025
Menurut Rafizi, seminggu sebelum kejadian beliau ada bertemu dengan pemberi maklumat berhubung satu skandal yang sedang diteliti. Namun, selepas itu muncul pelbagai tuduhan tidak berasas yang mengaitkan beliau dengan siasatan melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, serta Khairy Jamaluddin sewaktu menjawat jawatan Menteri Kesihatan. Tegasnya, kedua-dua tuduhan itu adalah tidak benar.
Rafizi menjelaskan maklumat yang diterima hanyalah berkaitan Farhash Wafa Salvador, bekas Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri ketika itu, dan urus niaga syarikatnya. Beliau percaya dakwaan palsu ini hanyalah cubaan mengalih perhatian rakyat. Malah, beliau menyokong tindakan Ismail Sabri membuat laporan polis terhadap berita tidak sahih tersebut.