Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Rafidah Ibrahim Anggap Pemberian Jam Tangan RM40,000 Tidak Membazir

Umum mengetahui baru-baru ini Rafidah Ibrahim telah menerima hadiah jam tangan jenama Rolex yang bernilai RM40,000 bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke 30.

Advertisement

Ramai yang beranggapan,  pemberian itu adalah satu pembaziran kerana dalam keadaan ekonomi yang meleset ketika ini, pelbagai jenis barang keperluan boleh dibeli dengan nilai sebesar itu.

Namun, buat Fida ia bukanlah satu pembaziran kerana jam itu boleh dipakai berulang-ulang kali.

Orang akan cakap macam-macam. Ia tidak membazir sebab jam itu kita boleh pakai juga. Ia tidak dibuang.

Sejak foto jam tangan berkenaan tersebar secara luas di Internet dan diketahui ramai Fida takut untuk memakainya setiap masa.

Jam itu lebih RM40,000. Fida tidak akan pakai sembarangan kecuali jika perlu hadir di majlis penting.

Jika pakai saja-saja, Fida pun tidak berani sebab benda ini sudah heboh dicerita. Fida tidak pakai setiap masa. Apabila perlu, baru Fida pakai.

Advertisement

Kami pun tidak mahu komen lebih, tapi mungkin sudah rezeki Fida untuk “merasa” pakai jam tangan mewah. Soal membazir itu terpulang pada individu sebenarnya.

Apa pula pendapat anda?

Sumber Berita : The Malay Mail Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top