Ramai yang beranggapan, pemberian itu adalah satu pembaziran kerana dalam keadaan ekonomi yang meleset ketika ini, pelbagai jenis barang keperluan boleh dibeli dengan nilai sebesar itu.
Namun, buat Fida ia bukanlah satu pembaziran kerana jam itu boleh dipakai berulang-ulang kali.
Orang akan cakap macam-macam. Ia tidak membazir sebab jam itu kita boleh pakai juga. Ia tidak dibuang.
Sejak foto jam tangan berkenaan tersebar secara luas di Internet dan diketahui ramai Fida takut untuk memakainya setiap masa.
Jam itu lebih RM40,000. Fida tidak akan pakai sembarangan kecuali jika perlu hadir di majlis penting.
Jika pakai saja-saja, Fida pun tidak berani sebab benda ini sudah heboh dicerita. Fida tidak pakai setiap masa. Apabila perlu, baru Fida pakai.
Kami pun tidak mahu komen lebih, tapi mungkin sudah rezeki Fida untuk “merasa†pakai jam tangan mewah. Soal membazir itu terpulang pada individu sebenarnya.
Apa pula pendapat anda?