Kecewa itulah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan perasaan Raf Yakoob apabila harapannya untuk bersama isteri tercinta, Mawar Rashid pada malam pernikahan mereka berakhir dengan sesuatu yang tidak dijangka.
Raf menerusi akaun Instagramnya meluahkan rasa kecewanya apabila melihat Mawar sudah tidur bersama anak sulungya.
Kapsyen Raf boleh dikatakan agak nakal dan ia mendapat perhatian netizen. Ramai juga yang mengatakan padan muka terhadap Raf sebab meninggalkan isteri di malam pertama demi bermain bola.
Pasangan pengantin baru memanglah teruja untuk “meluangkan” masa bersama lebih-lebih lagi pada malam jumaat yang memang sesuai untuk hubungan suami isteri. Raf pula harap Mawar sambutnya pulang, rupa-rupanya isteri sudah tertidur. Tak apa, relaks, masih ada banyak lagi hari-hari mendatang untuk bermanja. Betul tak? Hehe