Pelakon yang baru saja memenangi trofi Pelakon Filem Wanita Popular dalam ABPBH33, Mawar Rashid tampil menjelaskan maksud sebenar gurauan suaminya, Raf Yaakon mengenai ‘tidak cukup satu nak dua’ untuk mengelakkan salah faham dalam kalangan peminat.
Mengimbas kembali, Mawar Rashid ada memuat naik video di ruangan Instagram miliknya di mana Raf sering saja menyebut tidak cukup satu dan mahukan dua.
Mawar kemudian menjelaskan bahawa Raf hanya bergurau dan dia sebagai isteri sudah memahami maksud tersirat di sebalik ayat berkenaan.
View this post on Instagram
“Raf bukan nak isteri dua, dia berangan nak ada kereta lagi satu, tak apa dia berangan jauh sebab nanti dia akan usaha dan kerja lebih keras untuk dapat benda tu. Berangan ni macam doa, kalau ada rezeki dia, apa salahnya. Saya sebagai isteri memang akan sokong 100 peratus pasangan saya selagi benda tu tak melanggar ajaran Islam.”
Dia dalam pada itu turut memberitahu bahawa mereka berdua sering bergurau dan menganggap komen negatif netizen yang timbul daripada gurauan tersebut sebagai asam garam dalam industri seni.
View this post on Instagram
Mawar yang bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi turut menjelaskan orang luar tidak tahu kepayahan yang dihadapi antara mereka untuk berada dalam keadaan seperti ketika ini dan turut berkata dia sudah terbiasa dengan kata-kata buruk yang dilemparkan sesetengah netizen.
Sekadar info, Mawar dan Raf Yaakob telah mendirikan rumah tangga pada November 2017 dan telah dikurniakan cahaya mata lelaki iaitu Raden Muhammad Rafael.
Sumber : mStar Online