October 4th, 2016

Selepas Emma Maembong tampil membuat penafian yang beliau sedang intim bersama Raf Yaakob, kini lelaki berkenaan juga telah melakukan perkara yang sama.

Menurut Raf, beliau dan Emma sememangnya berkawan sejak kecil lagi dan hubungan mereka tidak lebih daripada seorang abang dan adik.

Buat Raf, segala gosip yang tersebar mengenai mereka berdua yang menjadi perhatian ramai sejak beberapa hari lepas hanyalah fitnah semata-mata.

Memang betul, saya sudah lama mengenali Emma dan keluarganya. Tidak semua orang mengetahui arwah ayah dan ayah Emma berkawan baik. Mereka pernah bekerja di satu tempat yang sama di PWTC.

Ketika itu Emma baru berusia 12 tahun. Boleh dikatakan keluarga kami sangat rapat. Pendek kata kami seperti abang dan adik. Jadi tolong berhenti buat tuduhan yang tak betul.

Sekarang kita sudah mendengar penjelasan daripada kedua-dua belah pihak. Harapnya tiada lagi yang menyebarkan berita tidak betul tentang Raf dan Emma. Mungkin sebelum ini ada pihak yang menyalah anggap tentang keakraban keluarga mereka dua.

Sumber Berita : Harian Metro


Comments are closed.

Loading...