May 30th, 2017

Apabila Ayda Jebat mula rapat dengan pelakon Redza Rosli, ada pihak mengatakan Ayda sengaja memberi harapan kepada penyampai radio ERA fm yang sebelum ini dikatakan bercinta dengan beliau. Ia menampakkan Ayda seakan membuatkan Radin kecewa dengan hubungan rapat Ayda dan Redza.

Walaubagaimanapun, Ayda menjelaskan beliau dan Radin tidak pernah bercinta dan seharusnya isu kekecewaan tidak harus timbul.

Saya tidak pasti perkataan kecewa itu sebab saya dengan dia tidak pernah bercinta. Saya tidak tahu jika ada orang kata Ayda tinggalkan Raden sebab Redza. Saya rasa dia tidak kecewa sebab kami hanya berkawan.

Berbicara mengenai hubungannya bersama Redza, Ayda yang sebenarnya sudah mengenali pelakon lelaki itu sejak lima tahun lepas tidak mempunyai sebarang perancangan untuk ke fasa yang lebih serius bersama Redza.

Saya kenal dia sudah lama sejak lima tahun lalu tetapi bila dia menjadi hero dalam drama kami berlakon bersama, kami habiskan masa bersama. Kami berkawan macam biasa seperti dahulu tetapi di set penggambaran sekarang berjumpa hari-hari, itu saja. Saya tidak mahu bercakap lebih tentang hal peribadi kerana saya tidak tahu lepas ini saya akan berkawan dengan siapa. Buat masa ini kami berkawan lagi.

Ayda dan Redza semakin mesra  selepas menjalani penggambaran bersama dalam drama Ku Kirim Cinta.

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE


Comments are closed.

Loading...