Radin ERA FM Tidak Cemburu Hubungan Mesra Ayda Jebat Dan Redza Rosli

Hiburan

Radin ERA FM Tidak Cemburu Hubungan Mesra Ayda Jebat Dan Redza Rosli

Apabila Ayda Jebat mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak menolak jika ada jodoh dengan pelakon Redza Rosli, ada sesetengah netizen bersimpati dengan penyampai radio ERA FM, Radin yang sebelum ini lebih rapat dan pernah dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan Ayda.

Advertisement

Walaubagaimanapun, Radin menerusi portal mStar Online memberitahu, beliau tidak ada rasa cemburu ataupun patah hati dengan hubungan rapat antara Ayda dan Redza. Sebagai seorang teman, tentu sekali beliau mendoakan kebahagiaan Ayda.

Saya tidak kecewa atau berkecil hati, daripada dulu lagi kami hanya kawan sahaja dan tidak pernah pun bercinta. Jadi bila ada orang yang ingat saya ditinggalkan ia tidak benar, saya sendiri gembira dan sentiasa doakan yang baik-baik untuk mereka.

Memang ramai yang komen kasihankan saya bila keluar berita berkaitan Ayda, tolong jangan kasihankan saya. Saya baik-baik sahaja. Kami baru sahaja bertemu beberapa hari lalu dalam sebuah majlis. Saya akui ada peminat yang suka dan mahu melihat kami bersama tapi kenyataannya mereka perlu bezakan antara kerja dan peribadi.

Radin harap isu tersebut tidak diperbesarkan dan peminat tetap terus menyokong  kerjaya mereka masing-masing.

Kadang-kadang peminat tidak tahu situasi yang sebenar dan harapnya dengan penjelasan Radin ini tiada lagi yang mencetuskan spekulasi kononnya Radin dan Ayda bercinta lagi.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...