Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Radhi OAG Tidak Serik Kahwin Lagi, Idam Wanita Berpurdah

radhi oag wanita berpurdah

Meskipun beberapa kali gagal dalam perkahwinan, vokalis kumpulan OAG iaitu Radhi mengakui dia tidak serik untuk mendirikan rumah tangga lagi. Ciri-ciri wanita idamannya untuk dijadikan isteri juga bukannya biasa-biasa, kalau boleh mahu seorang wanita kuat pegangan agama dan memakai purdah.

Advertisement

Sebenarnya untuk jatuh cinta lagi bukan suatu perkara yang mudah. Namun jika ditakdirkan saya berkahwin sekali lagi kalau boleh saya mahu yang lebih baik dan kuat pegangan agama serta berpurdah. Saya tahu bukan mudah nak cari wanita berpurdah pada masa kini, tapi kalau boleh saya memang nak wanita berpurdah sebab saya tak nak dedahkan dia kepada umum.

Tapi apa-apa pun yang penting, saya harap jika saya berkahwin lagi, ia akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Saya tak nak perkara sama berulang lagi.

Radhi disahkan bercerai dengan isterinya, Nur Syahira Ayu Zahiri pada 25 Mac lalu. Pasangan ini berkahwin pada 14 April 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Nur Aisyahdan Muhammad.

Terdahulu, dia juga pernah berkahwin dengan, Shazlin Sharif pada 1 Januari 2005 dan  bercerai pada 8 Jun 2010. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rifdhi Muslim.

Sumber Berita : Astro Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

11 Comments

  1. Anonymous

    September 22, 2019 at 9:48 pm

    Idam wanita berniqab? Sudahla Radhi… selagi kau meletakkan appearance wanita sebagai priority mmg kau akan terus mencari kebahagiaan. Study diri sendiri dulu, perbetulkan niat.

  2. meetomato

    September 21, 2019 at 1:09 am

    duit oh duit…..

    duit ko ada sik Radhi?

    • Lopak & co .

      September 21, 2019 at 3:17 pm

      Whole bunch of Kelantan Kardashian ada pilipilih aje …tu kau pudahkan dia org ..

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama