Radhi OAG Bakal Dapat Hak Penjagaan Anak Sepenuhnya

Hiburan

Radhi OAG Bakal Dapat Hak Penjagaan Anak Sepenuhnya

Penyanyi Radhi OAG sudah tidak dapat menahan rasa terujanya dan tidak sabar apabila beliau bakal mendapat hak penjagaan penuh anak pertamanya bersama bekas istetri, Shazlin Sharif iaitu Muhammad Rifdhi Muslim yang kini sudah berusia 10 tahun.

Advertisement

Menurut Radhi, beliau mendapat hak jagaan sepenuhnya terhadap anaknya  Rifdhi sehingga kanak-kanak itu berusia 13 tahun.

Saya tidak sabar menunggu dua tahun lagi untuk menjaga anak lelaki saya Rifdhi tinggal bersama-sama kami, sekarang umur dia baru 10 tahun dan perjanjian kami ialah sehingga umur dia 13 tahun iaitu apabila dia di tingkatan satu.

Ketika ini saya hanya ambil dia waktu hujung minggu sahaja, namun begitu, saya juga tidak paksa jika dia mahu terus bersama ibunya pada usia 13 tahun nanti.

Bekas isterinya juga tidak mempunyai sebarang masalah untuk menyerahkan hak penjagaan kepada Radhi kerana Shazlin sudah mempunyai dua orang cahaya mata bersama suami barunya. Malah, isteri beliau Nor Shahira juga yang baru sahaja melahirkan anak perempuan mereka turut menyayangi Rifdhi.

Saya rasa tiada masalah dari pihak bekas isteri saya kerana dia sudah ada dua anak dengan suami baru dan suami baru dia juga memang sudah ada dua orang anak daripada perkahwinan sebelumnya. Isteri saya sekarang juga memang sayangkan Rifdhi dan dia dapat terima untuk hidup bersama-sama.

Radhi pernah mendirikan rumah tangga bersama Shazlin Sharif pada tahun 2005 dan dikurniakan seorang anak lelaki  sebelum membuat keputusan untuk bercerai pada tahun 2010.

Kemudian Radhi telah mendirikan rumah tangga bersama Nor Shahira Ayu Zahiri pada 4 April 2014 dan dikurniakan cahaya mata pada 30 Januari lalu yang diberi nama Nur Aishah.

 

Sumber Berita: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...