Racun Anjing Kerana Berehat Di Kawasan Masjid, Ahli Kumpulan WhatsApp Dikecam Netizen

Trending

Racun Anjing Kerana Berehat Di Kawasan Masjid, Ahli Kumpulan WhatsApp Dikecam Netizen

Buat masa ini, sedang tular di media sosial, salinan perbualan di aplikasi WhatsApp mengenai kariah masjid membunuh beberapa ekor anjing yang berehat di sekitar kawasan masjid.

Advertisement

“Di  Masjid Instanbul, anjing tidur berdekatan dengan aman.”

“Mandulkan anjing, kerjasama dengan Majlis Bandaran”

“Bila tiba Sakaratul Maut, sudah terlambat untuk bertaubat.”

Ada mendakwa tindakan demikian dibuat untuk pengawalan penyakit, namun begitu dalam salinan perbualan tersebut, jelas ditulis anjing itu dibunuh kerana berehat di sekitar kawasan masjid.

Ada antara Netizen telah menghantar mesej peribadi melalui WhatsApp kepada ahli kumpulan WhatsApp terlibat namun dipercayai sebahagian dari mereka telah menukar nombor telefon masing-masing.

Dalam pengetahuan penulis, tidak kedengaran lagi kes rabies atau penyakit anjing gila menjangkiti manusia di tempat yang diperkatakan.

Khabarnya juga, laporan kepada Jabatan Veterinar telah dibuat oleh orang awam berkenaan perkara ini.

Perbuatan menzalimi haiwan apabila disabitkan oleh Mahkamah akan dikenakan denda RM 50,000 atau penjara untuk tempoh satu tahun atau kedua-duanya sekali. – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...