“Racing Car Competition” Berakhir Dengan Tragedi. Kereta Hilang Kawalan, Pemandu Tercampak Keluar

Trending

“Racing Car Competition” Berakhir Dengan Tragedi. Kereta Hilang Kawalan, Pemandu Tercampak Keluar

zSebuah pertandingan kereta pecut yang berlangsung di tapak lapangan terbang lama Miri di Lutong, dekat sini berakhir dengan tragedi apabila seorang peserta maut selepas kereta yang dipandunya untuk kategori “Drag Race” hilang kawalan, lapor Bernama.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Junaidi Bujang berkata, mangsa Wong Teck King, 37, yang memandu kereta berkenaan maut selepas tercampak keluar dari keretanya itu ketika perlumbaan sedang berlangsung pada jam 1.40 tengah hari itu.

Advertisement

“Kereta dipandu mangsa hilang kawalan selepas melalui garisan penamat sebelum terbabas di kawasan kebun berdekatan,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

2

Menurut Junaidi, mangsa telah dikejarkan ke Hospital Miri dan disahkan meninggal dunia akibat kecederaan serius pada organ dalaman.

“Semasa kejadian, cuaca baik dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.” katanya.

1

3

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...