Rachel Dan Lisa Tersingkir, Bila, Sufi, Shamel & Sharul Ke Final AF2015

Hiburan

Rachel Dan Lisa Tersingkir, Bila, Sufi, Shamel & Sharul Ke Final AF2015

Dalam diam, rupa-rupanya Akademi Fantasia 2015 sudah pun hampir ke penghujungnya. Semalam telah pun berlangsung malam separuh akhir di mana 6 pelajar telah berentap untuk merebut tempat ke malam akhir. 6 pelajar itu ialah Rachel, Lisa, Bila, Sufi, Shamel dan Sharul. Setelah memberikan yang terbaik, akhirnya Rachel dan Lisa diumumkan tersingkir sekaligus membuatkan penyokong kedua-dua gadis ini kecewa.

rachel lisa af2015

Advertisement

Susulan penyingkiran Rachel dan Lisa, laman Facebook Akademi Fantasia dihujani dengan ribuan penyokong yang tidak berpuas hati dengan keputusan ini. Ada yang mempersoalkan kenapa peratusan undian tidak dipaparkan di awal-awal dan pertengahan konsert. Malah ada juga yang turut memuatnaik status undian yang gagal diterima oleh pihak Astro. Kebanyakannya adalah peminat Lisa yang terkejut apabila pelajar itu disingkirkan.
rachel lisa af2015
rachel lisa af2015
rachel lisa af2015

Abang Nara masa undi Mawi dulu pun memang banyak undian yang tak masuk. Biasalah sistem ‘hang’ sebab terlalu banyak undian diterima. Namun itu bukanlah alasan untuk pihak penganjur memandang mudah perkara ini. Harap akan diperbaiki lagi di masa hadapan. Buat Bila, Sufi, Shamel dan Sharul, semoga berjaya di final AF2015. Berdasarkan pemerhatian Abang Nara, confirm Sufi akan jadi juara. Apa kata anda?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...