Rabecca Menang Saman Terhadap Erma Fatima

Hiburan

Rabecca Menang Saman Terhadap Erma Fatima

Akhinya, pada Jumaat yang lalu,  Mahkamah Majistret Kuala Lumpur telah membuat keputusan berkenaan  kes tuntutan sebanyak 40% oleh Rabecca Nur Al-Islam terhadap penerbit dan pengarah drama terkenal Erma Fatima.

Advertisement

Kes ini difailkan oleh Rabecca pada 23 Julai yang lalu ekoran daripada perlanggaran kontrak dan kegagalan Erma Fatimah melunaskan baki bayaran lakonan drama Dejavu Di Kinabalu kepada Rabecca Nur Islam.

Menerusi twitternya , Rabecca bersyukur apabila kes tuntutan itu berpihak kepadanya dan berharap kejadian seperti itu tidak berlaku lagi.

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur turut mengarahkan Erma mengembalikan baki jumlah wang berkenaan berserta lima peratus faedah daripada bayaran selain membayar kos guaman kepada Rabecca.

Baguslah kes pun dah selesai…bolehlah buat kenduri kesyukuran selepas ini. Cuma Mawar Putih berharaplah kes-kes yang seumpama selepas ini tidak lagi berlaku. Bukan apa, industri hiburan Malaysia nie bukannya besar sangat…Pi mai pi mai tang tu gak…
Harap semuanya bekerjasama dalam suasana harmoni yer

P.S: Jangan lupa bermula pada 16 Nov 2013 nanti, Secret Recipe mengadakan promosi Candy Crushing. Potongan RM16 untuk sebarang pembelian kek dan tawaran menarik 6 combo set HANYA pada harga RM16. Memang terbaiklah Secret Recipe. Layari  http://www.secretrecipe.com.my atau FB Secret Recipe untuk maklumat lebih lanjut.

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...