#QZ8501: Pesawat Yang Terhempas Telah Berdepan Dengan Ribut Bermusim Yang Kuat

Trending

#QZ8501: Pesawat Yang Terhempas Telah Berdepan Dengan Ribut Bermusim Yang Kuat

Pesawat Air Asia yang terhempas Ahad lepas telah terbang di satu kawasan yang dikenali kerana ribut petir yang kuat sekitar Disember dan Januari, tempoh paling lembap di Indonesia, dan memberikan risiko berterusan kepada juruterbang, menurut pakar-pakar penerbangan dan cuaca.

B6HZGZBCcAANHa0

Advertisement

Antara risiko yang perlu dihadapi apabila mengambil laluan ini ialah: pergolakan udara, kilat, ricih angin dan pembekuan. Ramai pakar berkata ribut di kawasan penerbangan itu hilang Ahad lepas berkemungkinan besar cukup kuat untuk menghasilkan kesan-kesan tersebut. Kata Cheung Ping, seorang pegawai saintifik di Observatori Hong Kong:

Awan ribut ini sangat berkuasa. Laluan ini memang biasa berlaku ribut petir. Siapa yang biasa lalu pasti tahu.

Penerbangan 8501 Air Asia dengan 162 orang di dalamnya hilang hubungan dengan pusat kawalan trafik udara tidak sampai sejam dalam penerbangan ke Singapura dari Surabaya pada Ahad setelah meminta untuk terbang lebih tinggi bagi mengelakkan cuaca buruk, kata pihak berkuasa. Agensi cuaca Indonesia telah memberi makluman kepada syarikat penerbangan tentang awan kumulus nimbus yang boleh menyebabkan ribut petir di kawasan tersebut sebelum pesawat Air Asia itu berlepas.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

AirNav Indonesia yang dimiliki oleh kerajaan dan menyediakan perkhidmatan navigasi udara berkata, pesawat Air Asia tersebut berlepas pada pukul 5.32 pagi waktu tempatan. Pesawat itu terbang dengan kelajuan ‘cruise’ pada ketinggian 32, 000 kaki.  Pada pukul 6.12 pagi, ia menghubungi pusat kawalan udara lapangan terbang Jakarta untuk memberitahu yang ia akan mengubah haluan ke kiri dari laluan pesawat dan menaikkan ketinggian penerbangan kepada 38, 000 kaki. Pada pukul 6.18 pagi, ia hilang dari radar. Kata Desmond Ross, seorang juruterbang yang pernah menggunakan laluan itu dan kini merupakan ketua satu perniagaan konsultasi penerbangan di Australia:

Disebabkan ribut sering berlaku di situ bermakna sukar untuk juruterbang mengelakkan pergolakan udara. Ribut itu sangat ganas pada tempoh seperti ini untuk tiap tahun. Ke mana pun anda terbang di kawasan itu anda akan terserempak dengan ribut dan cuaca monsun.

Bagi seorang juruterbang, mengelakkan awan ribut boleh menjadi satu tindakan yang berbahaya.

Adakah pesawat dihentam angin ke bawah, ke atas, atau ricih angin, atau apa saja yang begabung dengan ribut petir yang kuat?

Taktik yang biasa digunakan oleh juruterbang ialah terbang mengatasi atau mengelilingi ribut atau berpatah balik ke posisi asal. Kata pusat kawalan udara Indonesia ia tidak menerima sebarang permintaan untuk menukar laluan dari pesawat-pesawat lain sewaktu pesawat Air Asia membuat permintaannya. Terdapat sedikit maklumat tentang sama ada pesawat lain membuat tindakan alternatif untuk mengelakkan ribut.

Walaupun menghadapi cuaca buruk, pesawat moden dibina dan direka untuk bertahan dari tarikan dan tekanan angin yang ekstrem dan memiliki radar yang boleh memberikan amaran awal. Juruterbang telah dilatih untuk mengelakkan awan ribut berbahaya dan keadaan di Asia Tenggara waktu ini bercuaca buruk, kata Pengarah Urusan Flightglobal Asia.

Mungkin cuaca telah menyebabkan sesuatu yang kemudiannya menyebabkan satu perkara lain. Sangat jarang bagi kemalangan udara untuk hanya memiliki satu sebab sahaja, Ia selalunya disebabkan kombinasi beberapa faktor yang seterusnya menyebabkan kemalangan.

Bagaimanapun, pesawat yang menaikkan ketinggian bagi mengelakkan ribut boleh berhadapan dengan bahaya. Jika juruterbang membuat kesilapan dan pesawat tersedut masuk ke dalam ribut, sukar untuk menyelamatkan keadaan, kata pakar dan ahli akademik penerbangan Peter Marosszeky.

Dia memberitahu apa yang pasti ialah pesawat Air Asia itu telah bedepan dengan keadaan cuaca yang ganas. Tambahnya:

Juruterbang mempunyai peluang tipis untuk memperbetulkan haluan jika berdepan dengan pergolakan cuaca seperti itu, kerana ia boleh ‘menghembus’ pesawat seperti gabus di udara.

Sumber: The Australian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...