Quote Ulasan Allahyarham Hasbullah Awang Yang Akan Dikenang

Trending

Quote Ulasan Allahyarham Hasbullah Awang Yang Akan Dikenang

Pemergian Allahyarham pastinya amat menyedihkan para peminat sukan tanah air. Suara beliau sudah bertahun-tahun menemani kita rakyat Malaysia ketika menonton aksi sukan tanah air dan antarabangsa. Kesilapan menyebut nama pemain tentu menjadi lawak spontan untuk kita semua. Perumpamaan yang pelik tentu mencuit hati kita. Al Fatihah untuk Allahyarham Hasbullah Awang.

Advertisement

1. “Mungkin jaringan ini adalah hadiah ulangtahun beliau yang ke 25 tahun”

2. “Bersilat nampaknya Mat Yo di situ” – Piala AFF Suzuki

3. “Dia mengapung-apungkan badannya diudara, dan satu pukulan tajam lalu bulu tangkis terbenam didalam gelangang”

4. “Rashid terbang bagaikan kupu-kupu…” Piala Thomas 1992

5. “Bola masuk saya rasa, oh tidak, tidak, tidak. Maafkan saya saudara.”

6. “Penyokong Pahang membelah banjaran Titiwangsa untuk datang ke Stadium Bukit Jalil…” – Final Piala FA 2006

7. “Oh sayang…hanya ketepatan saja yg tidak menepati….. ”

8. “Nampaknya telah kelihatan bunga-bunga kekasaran dalam padang ketika ini, kita harapkan pemain dapat mengawal emosi”

9. “Manusia paling pantas dimuka bumi”

10. “Ahhhhh sayang peluang didepan gol dipersia-siakan oleh pemain yg berasal dari Kajang…bersekolah di Taiping dan di besarkan di Johor…mendapat 8A dalam SPM dan makanan kegemaran nasi ayam…”

11. “Safiq membawa bola.. oh maafkan saya .. Safee Sali di situ.. Safiq diseberang sanaa menanti bola”

12. “Satu rembatannn…ooo…terkena palang…sayang sekali…palang menjadi penghalang”

13. “Mereka berkampong di kawasan penalti”

14. “Kita ketahui pemain ini yang dianggap ayam tambatan sukar dicari… Dannnn goooolll, oh tidak bola muntah kembali”

15. “Bola dikaki Badrul Muhayat…oo maafkan saya Badrol Bakhtiar sebenarnya..Badrul Muhayat seorang pelakon.”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...