Quinoa: Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Makanan Diet PM Kita

Trending

Quinoa: Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Makanan Diet PM Kita

Quinoa menjadi trending selepas Datuk Seri Najib Razak mendedahkan diet sihatnya sebagai ganti nasi. Hal ini menjadi mainan politik apabila ada pihak yang menyindir Najib kerana tidak makan nasi.

Advertisement

Hal ini menyebabkan Quinoa (sebut: keen-wah) menjadi trending di Google Trends.

Tapi apakah itu Quinoa?

Ia merupakan makanan yang tergolong dalam kategori bayam walapun ia digunakan sebagai pengganti beras dan gandum.

Ia mula ditanam di wilayah Andean di Amerika Selatan kira-kira 3,000 hingga 4,000 tahun melibatkan kawasan antara Peru dan Bolivia.

Kawasan itu merupakan sumber utama untuk bekalan dunia dan Bolivia adalah pembekal utama selepas Peru dan Ecuador.

Quinoa ditanam di “altiplano”, iaitu kawasan tanah tinggi yang rata dan sejuk dan tidak banyak tumbuhan hidup di situ.

Oleh kerana penanamannya masih menggunakan cara lama sejak ribuan tahun dahulu, ia dianggap sebagai bijian purba.

Ianya menjadi kegemaran di seluruh dunia kerana dikatakan mempunya khasiat yang tinggi. Namun, belum terdapat kajian kukuh yang membuktikan quinoa lebih sihat berbanding beras, terutamanya beras perang, yang mempunyai nilai nutrisi seperti bijirin-bijirin lain.

Sajian Quinoa 100gram mengandungi: 120 Kalori, 4g protein, 2g lemak, 19g karbohidrat dan 2g serat

Ia mempunyai andungan protein yang tinggi, bijian ini amat sesuai menjadi sajian golongan vegetarian dan vegan.

Quinoa juga mempunyai sumber magnesium, manganese dan beberapa mineral serta vitamin, selain bebas gluten secara semula jadi dan tinggi kandungan serat.

Sumber: Malaysia Kini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...