QuerkyWriter bertujuan untuk memberikan kita suasana yang lain dimana menaip dijadikan aktiviti yang lebih kepada sentuhan fizikal. QuerkyWriter mahu membawa kembali hari dimana typewriter merupakan alat harian untuk menaip. Ia didatangkan dengan rekaan vintaj yang meyerupai typewriter sebenar. Menggunakan logam alumminium sebagai bahan utama, ia pasti membuatkan alat ini lebih mesra pengguna dan senang dibawa. Ia bukan sahaja menyokong peranti ipad malah beberapa peranti lain serta jenama lain. Teknologi abad ke-19 yang diperbaharui mengikut zaman sekarang pasti akan menjadikan anda seorang yang fabulous.