Que Haidar Tak Tolak Berjodohan Dengan Pelakon Wanita – “Dia Baik, Makin Matang”

Hiburan

Que Haidar Tak Tolak Berjodohan Dengan Pelakon Wanita – “Dia Baik, Makin Matang”

Pelakon, Que Haidar tidak menolak kemungkinan sekiranya ditakdirkan berjodoh dengan aktres dan usahawan terkenal yang juga rakan gandingan dalam satu jenama pakaian terkenal.

Menurut Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, jika ada peminat yang mendoakan perkara baik buat dirinya, dia hanya mampu mengaminkannya.

Advertisement

“Benda yang baik-baik kita aminkan. Itu je. Sebagai manusia, kita memang nak benda yang baik berlaku dalam hidup kita. Semua orang pun rasa macam tu. Jadi, apa yang baik-baik, alhamdulillah”

“Jodoh kita tak boleh tolak. Jodoh Allah yang atur. Macam mana nak tolak jodoh? Ajal pun kita tak boleh tolak atau lambat-lambatkan. Jadi benda tu memang tak boleh kawal. Jodoh, ajal kita… memang tak boleh kawal,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Que turut berkongsi mengenai pertemuan semulanya dengan pelakon itu selepas sekian lama tidak berjumpa. Menurutnya, mereka sudah lama saling mengenali namun jarang bersua kebelakangan ini.

“Kerjalah. Saya dengan dia, kita dah kenal lama. Tapi dah lama tak jumpa pun. Bila jumpa balik saya malu, itu je yang saya boleh gambarkan,” ujarnya.

Tambahnya, personaliti pelakon masih sama seperti dahulu, malah dilihat semakin matang.

“Sangat friendly. Daripada saya kenal dulu, walaupun dah lama tak jumpa, masih orang yang sama. Tak ada perubahan personalitinya.”

“Dia baik. Kalau nak banding pun, dia orang yang sama je. Malah mungkin bertambah matang lagi,” jelasnya.

Terdahulu, Que dan aktres itu bergandingan sebagai duta serta menghasilkan kandungan bersama bagi sebuah jenama pakaian tempatan. Keserasian mereka mencuri perhatian peminat yang rata-ratanya menyukai gandingan tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Bella astillah
2026-02-13 15:01:14

Bella Astillah Menangis Kenang Masa Bersama Anak-Anak Kini Terhad - "Saya Tersedar Yang..."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...